Wednesday 15 December 2010

Selamat Hari Lahir Kekasihku

Salam,

KAU lah suami, kekasih, sahabat dan teman yang menemani hidup aku selama 10 tahun ini. SELAMAT HARI LAHIR KEKANDAKU DC! semoga CINTA yang ada dalam diri kamu sepanjang usia mu itu milik aku hingga ke syurga. AMIN

lahir 15 DECEMBER 1969.

cukup lah tu ayat ayat cinta. kang lelebih melting pulak macam butter. ahakkk.. stail aku tak boleh nak beromantik setiap masa sesekali tu boleh laa layan kan. Sayang harung hidup susah senang payah getir di London ini adalah HADIAH buat Abang. hadiah lain ? ermmm.. rahsia pohon cemara. tu tajuk lagu kan .. best eh lagu tu

cakap pasal umur kan. kira ah sendiri umor dia. wei kami beza 9 tahun seh. SEMBILAN tahun. jawoh gila beza. sebaya dengan abang aku yang sulong. aku anak ke empat. sudahnya dia kena panggil kakak aku no 2 sebagai kakak. dan adik dia yang tua dari aku panggil aku kakak. eii pelik eh. lama lama biasa dah.

kadang kadang kita tak tahu yang aku sebenarnya SERASI dengan orang yang banyak lebih tua dari aku. maksudnya dari segi kesabaran dan kematuredtan. eh bila bahasa english di baurkan melayu pelik eh. mintak mintak tak ada cekgu english yang baca. marah dorang. lagi satu mungkin cara berpikir tu macam lain sket. so kepada yang belum bertemu pilihan hati jangan lah terlalu risau dengan umur si dia. just a number. cewah.


nampak SMART eh gamba ni. walaupun kat rumah nampak serabai je dengan rambut ROCK tu. sesekali pakai cenggini I boleh jatuh cinta you.. hahaha.. serius ni.

dulu dulu aku jugak risau sebab umur yang banyak itu. apa yang penting bagi kami adalah KOMUNIKASI dan SERASI. walaupun terlalu banyak beza dari pelbagai segi hanya kita sahaja yang tahu keserasian itu wujud tanpa di sedari. walaupon aku lebih cenderung kepada BARAN dan MOODY. kan jalinan kasih saling melengkapi. aku kurang situ dia lebih sana aku lebih sini dia kurang bab sanun. kan NOBODY PERFECT.

"cinta itu ibarat memakan sambal belachan.
walau pedas hingga mengalir air mata namun tetap di makan jua"



4 comments:

Anonymous said...

ko baran + moody ke kak...mak slalu cakap...xde ape pon cik din buat...tengok2 dah muncung jer kak linda...tapi xde salahkan ko pon....pastu nanti mak cakap...nanti tetiba lak baik jer...hahhahha..kalau tang aku yg muncung ngn hubby..mak bukan main lagi..aku je yg salah..aku je yg x betul....x paham aku....haihhhhh....

from : sufi

Anonymous said...

same la kat i.. klu i muncung n x tegur en apis aku tuh. kak lah slalu kata.. ape la ko buat apis camtu.tak baik slalu buli dye.. Aiikkk aku buli dyer??

kak Nita...

Anonymous said...

muncung dgn husband? aku x tunjuk dpn org tua...(profesional la konon) haha ;D

tp kalo kat umah sdiri...time berdebat mcm kat dewan kabinet... :)))

-siti hajarulma'mor

Rafidah said...

Pi - huh mak bising ngan aku le. "ko jgn le marah2 c.din tu dik. kesian dia. tah apa yang tak puas hati lagi lah tu" erkk.. aku senyum je. kalo citer ngan mak sure dia pon stuju aku muncung haha.

Ta - alaa biasa la spesis overdose talkative mcm kita ni slalu dituduh penyebab kesalahan. kesian kita kan.

Along - eleh pro konon. kalau hati dh sakit xkan nak ketawa kot. tak selari dgn emosi. hukhukhuk. kalo k.linda blom sampai rumah, dalam keta dah seranggggg!!! hahahaha