Monday 1 November 2010

Halloween punya pasal

sambung citer hari sabtu tu ... petang tu lepas makan tengahari berlauk TOMYAM ermmmm yum yumm sesuai nama tomyam.. dah terbiasa lunch ari sabtu lewat membawa ke petang nak dekat pukul 3 petang.. ye la letih merewang kat CBS masak pon lewat laa. untung masak. kdg2 makan je balance nasik lemak pagi tadi. tak le membazir.

elaun dah masuk 25 hb sepuluh.. euwww hampir sebulan lewat. priority nya kena la beli stok bahan makanan kan. itu KEPERLUAN utama penting perlu di dulukan. lepas pekena Tomyam ngan the bujang geng DC bawak dorang mensoping kat Kedai Cina. beli apa2 yang takde jual kat Kedai Omputih.

xtvt kalau weekend memang penuh .. kalau tak penuh kena penuhkan jugak..

sekarang ni dah hujung hujung Autumn hari semakin sejuk sebab dah nak masuk winter. Maghrib masuk 4.41 petang. makanya pukul 5 petang tu dah gelap macam lapan malam. dah boleh pasang kelambu pasang ubat nyamuk pasang lampu tido dah.. hahahaha.. ibarat je la.
so waktu solat semakin rapat sekarang hingga winter nanti. bila malam cepat waktu nak keluar pon terhad lah jugak.

so petang dan malam tu xtvt melepak lepak la di rumah... lepas the bujang geng pulang. kami santai2 nonton tv. tetiba "knok knok knok !!!" dengar pintu diketuk. Hakim berlari ke pintu memang mati mati ingatkan KAKAK patah balik sebab kot ade tertinggal barang .. bila Hakim bukak je pintu.. HUARGHHHHHH RRGGGGGGG...!!!!!


segrombolan HANTU HANTU jelmaan buatan manusia ter sembol depan pintu... Hakim melompatttt terkejuttt.. terus panggil Ayah. DC keluar ingat kan sape la yang datang.. muahahahhaaa hantu sempena HALLOWEEN ghupenya.. cisss bejaya jugak dorang membuat 'trick or treat" terkejutkan Hakim sooo kena lah treat dorang bagi sweet n coklat.. aku pon kluar nak menenguk pon turut terkejut.. tapi mase dorang dah gelak2.. aku siap kata "may i take a picture all of u" ada sorang pompuan petengahn umur tu kata "of couse u can".. hahah dah tak nmpak muka yg asli sebab mekap antu tebal sangat.. dengan topeng drakula la.. beriya betol la dorang ni. ingat kan semua budak2 punya keja. orang besor pon join skali jadik antoo..

camtu la duduk kat negara barat ni terPAKSA menjoin sekali perayaan yang entah apa2 tu. perayaan hantu hantu. kalau ikut peraturannya kalau hantu tu berjaya menakutkan kami yg kat rumah kita kena treat dorang dgn bagi sweets .. kalau sebaliknya yaktu kalau kita menakutkan dorang dengan costum dan mekap hantu yg lebih ganas dan seram, dorang yg kena treat kita. layan je laaa..

mujor tak sakit jantung.. huh

No comments: