Saturday 6 November 2010

Kempen Ternak Lemak

aktiviti hari sabtu memang full kalau tak full kena full kan jugak dengan agenda2 beli beli stock makanan penuhkan peti ais supaya hati si isteri ini tidaklah runsing memasakkan makanan berlauk pauk yang sama hingga nak pitam mikir menu yang berulang. plan sebenar memang nak kena pegi beli stok makanan basah kat Hayes. memang betul punya basah tapi tak perlu di sidai. ajakan orang ni umpama orang mengantuk di sorong bantal. gud gud.

malam tadi dapatla panggilan pulau dari mahkluk Tuhan yang mulia darjatnya sebab membantu golongan semikin macam kami dengan mengajak ke BILINGSGATE MARKET. aku rasa Biligsgate tu nama orang. sebab tak boleh nak direct translet dengan mana mana words dalam Melayu. haha. kalau Bridge Rood tentulah jalan jambatan bukan. ahah..

tempat itu ialah pasar besar sama lebel la macam pasar BORONG yang jual secara pukal. untuk peniaga biasanya. tutup pukul 8 pagi. korang pikirlah sendiri pukul berapa nak pegi tu.. alang alang pak belalang dah ade orang nak mengajak menggunakan teknologi empat roda jangan di sia siakan pahala yang akan di collect itu. terima kasih Hajah Norbayah. pagi subuh sepie 4.30 pagi dorang dah ke LAUT. gelita sejuk bedi pegi memancing menjala mentuba mencandat dan sebanaginya menggunakan cara yang paling ajaib punya magic hanya pakai hujung jari .. main tunjuk tunjuk kemudian tukar dengan pound. dapatlah aku melempas kan rindu dendam dekat ikan ikan yang telah di english kan oleh orang inggeris. Tn Hj Jack Fish, Siti Squid, Mr Crab, Kak Prawn..

wei ingat ikan ikan kat sini kalau dah sampai Laut Selat Inggeris tak pandai tukar nama ke? kalau makanan laut kita panggil lupa lautan la. kalau orang lupa daratan kan. macam orang Melayu jugak kalau datang London Mariam jadik Mary, Fatimah jadi Fatty, Abu Bakar jadi Burn.. haih cukup cukup lah tu contoh .. ha camtu lah jugak ikan ikanan. Cencaru dah jadik Jack fish, Kembung tu dah jadik Indian Mackarel, Siakap jadik Seabas dan banyak lagi tapi aku dah hilang ingatan nanti ingatan dah kembali aku bagitau lagi yeh. tu baru citer ikan belom citer sayuran.

pulang nya suami dari Laut .. wawawa bunyi macam duduk kat pantai pulak. macam biasa lah tunggu aku memasakkan menu Sabtu. macam tak jemu dengan nasik lemak. kan best jugak kalau boleh tunjukkan dekat kedai Cik Pah kat simpang empat Jalan Jambatan itu. meh tolong lempang pipi aku jap tak habis habis nak mengigau. hish..aik incik DC sudah mengorder Sambal Sotong. fuh nasib baik sudah di candat di laut tadi kalau tak telor ayam dan bilis aku buat magic trick abracadabra jadik sotong.. auwww..

eh bergegas gegas pulak ke CBS Denham hanya kerana last day. ini betul bukan kabar asap lagi. benar last day. kesian peniaga nanti takde yang membeli..alamak dah tak sabar pulak nak pakai skirt jeans yang aku sambar kat CBS tadi. tapi nak ke mana pulak yek. mengebang skirt takkan nak duduk dapo macam tak ROCK pulak. kena la tunggu SNOW .. alamak bulan Jan nanti le gamaknya. lambatnyaaaaa...

ade ke gile peniaga tu jual shirt skolah putih 3 £1 meroyan aku hangkut sume. tinggalkan hanger. senyum sampai telinga minah salehh tu .. penshopping berhemah kan aku neh. Incik saharuddin harus bangga ade isteri macam aku.. haha

sedih DC .. hentak hentak kaki sebab tak dapat nak beli 3 ROBOT set yang gila murah sebab tak cukup uwang.. kah kah kah tak apa lah laling nanti next musim CBS bulan March 2011 kalau ada jodoh kita beli lah yea.. hukhukhuk.. kesian dia jangan la nangis. abang kan tengah buat research Renewable Energy. nanti masa habis buat robot tak buat research pulak. kena tukar bidang kang Prof Azmi marah.. ngehngehngeh.. lap la air liur tu bang.


##

okeh sempena kempen mari menternak lemak yang telah di potong riben beberapa hari yang lepas. meh meh meh tengok la apa aku arini makan .. Pizza Vegetarian fr Tesco. gila murah. sampai DC kaut sume 3 keping bawak balik makan 1 keping sehari yea. £4 = 3 pan. perhatian yang belum masak yea. nak kena oven baru beshh makan panas panas. kedai jual pizza kat sini tah ape apa tah kata pizza halal tapi jual pizza bacon jugak. jual pork pizza jugak cemana tu .haishh kita beli je veg. punya kat tesco tu udahle. lagipun anak anak suka sebab takda makhluk asing topping dia. just cheddar cheese ngan tomato herb spread je. enak dimakan begitu saja. kesian Hazim dah 2 minggu mintak makan Pizza mama suruh sabar .. kali dapat senyum sampai 30 batang gigi nampak.

abaikan jemari chomel kat gamba tu yeh.
tergeliat ngangkat camera sambil pegang pizza nak tayang kat blog.


si genit genit ni pon nak enterprem kat blog mama. eh tak cukup sowang la. ntah mana pegi tah.
tengok Puteri tu tak mo lekang botol kat mulot dia. marah betol kalau di cabut .. hish
Hazim ngan Hariz mainten membuat muka terpaling hensem ..


tu je nak citer ..END

No comments: