Wednesday 24 November 2010

Quail Goreng Rempah

Salam,

tocey tocey kepada new reader. samaada yg di jemput baca atau tak sengaja TERbaca blog nih. membaca jambatan ilmu walaupun kat sini xde ilmu yang menggunung tu. sekadar coretan pengalaman berharga di negara orang bersama seorang suami serta empat anak. harga sebuah pengalaman yang tak ternilai.

alahai formal gila lah. boring eh. blog ni ala ala makcik makcik sket ar sebab kalau dah takde aktiviti akan tersembul gamba gamba makanan yang agak kejam meragut selera korang dan menlelehkan air liur. kejam kan. sapa suruh masuk kah kah kah. itu untuk perantau luar negara macam aku la. kalau kau hanya merantau kat rantau panjang tu duduk diam la yeh. dua minet sengah lepas ko off PC korang dah boleh carik kat menu menu marvelous kat ujung simpang kediaman korang. kalau ujung simpang kau takde ko carik kat ujung simpang kediaman sebelah. sure ada

layan citer makcik yang boring ni camtu la. merepek lebey. kalau kami pegi jalan jalan xtvt luar pintu aku akan hidangkan citer selok belok perjalanan kitorang. kalau dah tak de xtvt luar pintu maka xtvt dalam pintu yang tak berapa best lah akan jadik taruhan dalam entry blog ni. tapi tu lah nak citer xtvt dalam rumah ni brapa kerat sangat kan. balik balik lipat kain, basuh kain, dryer kain, susun kan. semua ah yang melibatkan kain. macam muntah tengok kain. macam2 jenis gunung berwajah kain ada. xtvt kutip menan anak2, layan anak2, semua macam mendatar je. FLAT je kata juri AF. kalau citer biasa tu bersifat bombastik bole la nyelit skit story nya.

sejak dua tahun duduk London minggu lepas baru le DC terserempak dengan Quail Meat kat kedai halal. tahu ke apa Quail tu .. itu nama BURUNG PUYUH la. pesal kata quail ? sebab carik nama puyuh kat London takde. soo kena englishkan nama dia. Burung yang hidup berterbangan kat park tu berlambak la. tak larat nak kiraa. rasa macam nak terkam sekor goreng pon sodap. tapi apa lah makna nya mensonglap secara haram kan. kita kan apa yang kita makan. bukan makna aku makan burung aku jadik burung. mencarik yang halal itu kan kewajipan.

ok dah bersedia dengan sesi leleh air liur.. jom la tengok hidangan yang tak seberapa sedapnya ni.



tengok lah tu akski Burung Puyuh yang seksi

Quail Goreng Rempah. bunyik macam best je dengar. tapi memang best weii best ahh dah 2 tahun tak makan nih. best arr.. dedolu arwah abah selalu ajak makan kat kedai Kari Kepala Ikan kat Sentul tu. aku suka amik puyuh goreng dia bestt..
alaa aku goreng ngan Rempah Kari je. pastu campur skit ketumbar dan jintan yang ditumbuk. jgn lupa letak garam skit. sedap makan masa panas. kalau boleh makan masa dalam kuali lagi. eh jangan laa terbakar lidah ko. lepas toskan minyak tu cepat cepat makan. baru nikmat terasa. join venture dgn kobis masak lemak putih. tu pon dah xtra best dah.

DC citer arr... masa nak beli tu sibuk si Pakistan ni mengexplain pasal Quail neh. dorang takut sangat la DC tak tahu apa haiwan quail ni. biarkan je dia citer sungguh sunguh. dah keja dia ye tak. 98% appraisal tuuuu..haha opss

masa nak gaul dengan rempah tu mak aiiii tak padan ngan cenonet, tulang tajam. sampai luka tangan ni. dah jadik Raja Bersiong. (makan darah) ieee tak la. basuh laaa. dia punya kepak, besar lagi kelingking Puteri. TAK BOLEH la KESIAN sebab nak makan dia kan. ralit la membuang tulang halus tu. EMPAT ekor habis selamat di kerjakan sampai malam. rasa dia saling tak tumpah macam ayam ja. cuma daging dia halus lagi. syok ar syok wei.

tiba tiba teringat masa mengandungkan Hakim (yg sulong) teringin nak makan Arnab. sebab geram tengok dia berlari lari laju sangat. tak pikir kesian la kan. dapat dapat makan sebab kakak DC ada bela lagi. mak buat rendang WOW best ah. puas hati.
bila Hakim dah besar mak kata "tu la ngko dulu makan arnab, tengok anak ko ni kuat lari" aik? ade kaitan ke? hahaha

itu menu lauk Isnin ... pegi la korang carik pulak.. :D

No comments: