Saturday 13 November 2010

Hakim 9 years

Salam,

mengandung anak sulung lepas 4 bulan nikah cukup buat DC rasa macam nak terbang jalan terlompat lompat kegirangan. kalau kini aku tanya perasaan dia waktu mula mula tahu aku peknen Hakim dia boleh kata "rasa macam nak tegur semua orang dan kata heiii wife aku pregnet anak aku laa" nak pegi cakap kat semua orang kalau boleh kat semua termasuk sapa sapa yang lalu lalang depan dia. sapa2 yang dia tak kenal pon. hahaha boleh macamtu sekali dia punya xcited sampai senyum senyum sendiri setiap masa.

kawin umur remaja hingga lahirkan anak sulung aku masih remaja. jiwa remaja. jasad apatah lagi remaja. 23 tahun mengandung macam tak percaya. boleh ke aku menjaga anak dengan usia muda. aku je rasa muda. DC kan dah time limit kena ada anak. yela masa tu dia 31. dah macam bapak bapak sepatutnya la. aku pulak tak rasa macam pregnen langsung. orang nampak cergas semacam. perut pun lambat nampak. dah 6 bulan ke atas baru la nampak. 7 bulan baru terhegeh hegeh pakai baju preggy mommy. tu pon sebab semua baju kurung dah tak muat. kalau masih muat sampai nak beranak pon aku masih pakai baju kurung. sampai Kakak Ipar aku siap bagi pinjam baju masa dia peknen sebab dia ingat aku memang tak beli baju mengandung. jimat duit. ahah

persiapan baby pulak waktu tu memang tak tahu sangat nak beli apa apa. hanya bergantung kepada majalah je apa ke yang patut beli. tengah tunggu hari baru nak beli. aku ingat lagi masih segar di ingatan. beli ONE SHOT kat JJ Wangsa Maju. dari sekecik sock sampai ke sebesar play pan katil baby tu. SEMUA kat situ. hampir 6 ratus habis. sebab kami pikir lepas ni tak payah nak bizi kesana kemari carik barang baby. mahal la memang mahal la tapi untuk anak sulung macam berbaloi sebab nanti barang barang tu akan turun kat
adik adik dia jugak.

Hakim dulu lahir kat Ampang Puteri Specialist Centre. dari check up sampai lahir. ehemmm mahal sehhh.. tapi masa tu BMI belum UniKL. masih kaya. fully sponsored weh. best arr. mewah. sume boleh claim punya. hospital pon best. doctor best. Dr. Jamilah. sekarang dia dah Datuk Dr Jamilah. Presiden MERCY Malaysia. consultant fee dia skang dah MAHAL. dulu tak lah semahal sekarang. dapat bilik pon single siap DC tido lepak tidor sekali. Labour room pon bestt. besar. ada TV. pendek dan panjang kata mewah lah..Alhamdulillah

bila dah cukup hari check up macam biasa. tapi tak ada tanda tanda nak bersalin. doktor pelik. sebab hari sepatutnya aku dah rasa sakit tapi aku TAK. cemana tu. baby dah turun. dah kat bawah. jalan semua dah ada. aku maintain relek je. boleh shoping2 gelak gelak macam biasa tak de pape berlaku. takde yang pelik. doktor kata dia pelik kenapa aku tak sakit sedangkan aku sepatutnya dah sakit. arhhh sudahhh.. ape neh. kes pelik nih. doktor kata aku dah biasa senggugut sebab tu aku tak rasa apa apa. maka doktor mengINDUCE aku secara rasmi lepas 20 minit di induce (masuk ubat sejenis air yang gantung tu di salur ke dalam urat lengan) barulah aku rasa sakit. aku pon tak berapa tahu macam mana sakit nak beranak. 1st time. nurse kata kalau rasa nak terbuang air besar bagitau mereka. aku cuma rasa sakit pinggang je. sakit belakang. 15 minit hempas pulas nahan sakit tetiba baru aku rasa nak ter ehem ehem. then 2 minit setengah lepas tu sepantas kilat aku meneran dah LAHIR lah ILMI ABDUL HAKIM. yang kami panggil Abang Hakim hingga kini.

sepanjang masa DC teman aku tak jemu dia layan kerenah aku yang tah apa apa. sepanjang mengandung sedih yang ntah apa2. tetiba menangis xde sebab. membasuh selimut yang kena muntah morning sickness. teman kan aku yang tak boleh tido malam. terjerit jerit sebab kaki cramp. kejang amat sangat. tak boleh terlalu sejuk. tak boleh pulak panas aku akan mengamuk. haishh macam macam perangai mak muda ni. tangan kaki semua bengkak. pagi pagi sesi mengurut dulu oleh bidan DC baru boleh bangun. tak boleh bising bising. radio kuat pon boleh pening. perfume bau kuat pon pening. DC tak pernah miss teman pegi check up dari 2 bulan mengandung anak sulung hingga lahir anak ke empat. kesetiaan tak berbelah bagi. (opss termasuk babak romantis pulak)

Hakim tak lama dapat bermanja secara solo sebab umur dia 4 bulan aku mengandung lagi. ermmm REZEKI kan. ok citer tu nanti kita masuk dalam entry Birthday Hazim pulak.

Hakim lahir 3 kilo. boleh dikira kecik sebab dia lelaki. mata dia bulat masa kecik. hidung mancung. ramai orang kata muka dia lain. lain sebab macam ada MIX. padahal KAMI melayu TULIN. mix seperti Pakistan atau Arab. kadang kadang TERpercaya kata orang tua. bila masa kita peknen ada sesuatu yang kita selalu terkejut akan sikit sikit kena kat anak kita. eh tak paham kan. citer dia macam ni. aku dulu ada bos. dia memang ada keturunan Pakistan. muka dia pon Pakistan real la. so kawan kawan kata .. heiii muka anak engkau macam En Fathil laa.. aku ketawa je.. dulu bos aku tu garang. aku dah biasa tak de la takut sangat, suara dia kuat. bila dia panggil aku Rafidah !!!! kuat gila. padahal dia bukan jerit tapi sebab suara dia kuat dengar macam jerit panggil aku. aku pulak suka terkejut. kalau dia panggil serius aku akan terkejut hingga tersentak.. sentak macam kena sergah. hah dah paham. bagus lah. kebetulan je tu. ahaha

alaaa aku takde gamba dia mase kecik la sekarang. adaa tapi kat rumah kat Malaysia. dulu2 orang yang pakai Digital Camera ni mcm golongan bangsawan. aku kan kebanyakkan makanya takde lah digital cam. so sume dalam bentuk dah print dalam album. takde salinan lembut (softcopy)

Hakim tu ada asthma. semput dari kecik membawa sampai besar. tak boleh lasak sangat akan tercungap cungap sesak napas. malam malam selalu menangis sebab susah nak napas. bagi inhaler baru bole breath like normal. dulu masa kecik mulanya kahak banyak dalam paru paru selalu jugak masuk hospital. dari montel sampai lah susut badan. mula mula tengok dia kena gas tersiksa dia. meleleh air mata ibu aku. tak tahan tengok dia. dia sakit aku yang nangis. sungguh pon macam tu dia sangat aktif dan lasak. kreatif keterlaluan. pernah umur 2 tahun terlalu nak berlari yang extreme hingga jatuh kena bucu sofa rumah mak. bucu tu tajam. berJAHIT kat kening. kalau perati betul betul kening dia nampak lagi kesan sampai sekarang. kalau nak citer pasal dia 1001 entry pon tak cukup.

dia ni berani sungguh la tak takut apa pun. buat apa saja yang dia pikir boleh. redah je apa yang dia pikir dia mahu buat. tak fikir kesan akibat langsung. dia suka tanya itu ini. banyak soalan pelik pelik. tanya apa sahaja tentang apa yang dia nak tahu. dia amat perlukan penjelasan yang saintifik. tak boleh jawapan main agak agak. dia akan tanya sampai dia puas hati. aku pon kadang kadang lost. serah jawapan kat Ayah yea.

sempena kelahiran HAKIM yang ke sembilan ni. MAMA doakan SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, MENDENGAR KATA DAN HORMAT MAMA DAN AYAH, PANDAI JAGA ADIK ADIK. BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

sempena besday boy ni aku pon treat la dia special skit. bagi la apa dia nak. selalu mintak jarang dapat. kali ni mintak la apa pun KAMI BAGI. tapi ada limit la. pagi pagi pujuk pujuk mama nak beli BAKUGAN (sejenis mainan tah apa tah) kena beli 3 la pulak. baru adil. aik? ni besday sapa neh. kalo tak bergadoh . haru biru kuning merah oren sume kuar. semua pon join sekali. beli besday cake. junk food. celebrate ngan adik adik. gembira mereka.

ramai ramai nyanyi Happy Birthday to You...

kek tesco je yeh. murah dan semua suka.

birthday boy .. senyumm je dia hari ni..

isk isk si kecik tu pon nak enterprem masa Birthday Abang Hakim
(orang kata muka mereka ni sama..ye ke?)
Puteri pon nyanyi lagi Hepi Beday to You tapi dengar 'to you' je. haha



kusyuk potong kek. dah besar dah Hakim. kejap je. fresh lagi ingatan lahirkan dia sekarang dah bujang.
Syukur Alhamdulillah.
Sentiasa ingat KAMI SAYANG HAKIM.


1 comment:

Anonymous said...

nice story for me becoming mummy...hehehehe..xyah tanya lagi...dah tahu experience ko...ni ada mak tgk skali..pic paling nice yg ada insyirah tu la...mengediksss je...tersengih2..ko la ajar dia tu...hehehehhehe

Doa-doalah sayuzi pun akan menjadi suami dan ayah macam cik din (spesis ayah dan suami yg semakin pupus) tu...hahhahhaa..mesti kembang je cik din...xhensom tapi nice....xpe..ade kekurangan ada kelebihan...syukur Alhamdulillah...

Selamat hari jadi kpd Hakim juga...hakim x bgtau ucu lagi nak hadiah ape..kan ari tu dah tanya dulu...tapi xpe...nanti dah sampai mesia kita g beli k...but please remember me again...nanti luper....Be a goog son...good brother...and so on...:-)

I love you all...

fr : sufi aka ucu

fr : sufi