Sunday 7 November 2010

Rest Day

Salam,

takde plan ke mana mana. bila tak plan kita duduk diam diam dalam rumah. bangun lambat lambat. breakfast pukul 12 tengahari. aik. bukan tu waktu makan lunch ke.? ini rumah kita. kita punya suka la. Puteri meragam ragam dalam rumah . ndak benda benda yang tak boleh. benda merapu rapu. abang abang lompat boleh kasik rumah gegar. mari mama dan ayah penatkan kamu main di luar yea. kasik guna itu energy berlebihan digunapakai di luar rumah. kena Kad Merah. keluar ke Padang.

berebut nak naik buai nan satu.
haa hambik naik kamu semua sekali.



tak boleh tahan tengok budak tecit ni kalo posing berdiri dekat dinding buloh boleh aje. sambil pandang ke sana pulak tu isk rasa nak gigit gigit lah dia ni. kalau dah penat suruh posing sana sini. slumber jawab NA NAK..haha

dekat padang boleh lari 100km/j. boleh pecut 200mph tak de orang nak saman ke hapa. buat aje la. cukup sejuk kita balik. baru boleh mandi beramai ramai jimat bil air. pengguna BIJAK. Kalau kerajaan British tahu tentu dorang bagi kita PR. tak mahu lah. mahu Malaysia.

anak anak selera english makan roti. Mama Ayah selera Melayu Lunch nasik. kalau tak jumpa nasik macam jadik sawan kejap. menggigil usus. roti canai pagi tadi DC kata hanya parking kat bucu perut saja. haih syukurlah ada makanan. nasi dah siap masak sebelum pegi padang. so tinggal terjun udang dalam kuah masak lemak cili api TEMPOYAK.. ayookkk heiiiii aku makan tempoyak lah. apa ingat London tak ada tempoyak ke. ada laa aku tanam belakang rumah kah kah kah sapa percaya memang dia tak kenal apa itu tempoyak. malas lah cerita pegi tanya mak korang la. kalau kamu keturunan Kelantan memang tak boleh GO la kan. aku MIDDLE Malaysia. semua balun tak kisah punya. tapi tidak lah sampai kulit buaya masak masam manis. kedengaran macam sedap. itu over la.


Cousin aku bagi la mase bulan Puasa ritu. isk isk sekali kena sampai hirup kuah ngkau. hayyo sedap banyak. DC macam tak berapa admire la dengan spesis pelik tempoyak. tak tahu lah aku tekak brand apa kah itu. mungkin cap itik barangkali. aku duetkan udang masak lemak tempoyak bersama sayur goreng kailan. pasangan secocok gitu. alaa cemana ni TERmakan banyak pulak. isk.

pagi itu dapat jemputan ke Farewell agaknya sebab isteri dan anaknya akan pulang ke Tanah Melayu. wah klasik sungguh sebut tanah melayu. mata aku nampak macam hitam putih lah. jadi makan malam kedengaran seperti dah settle. haha. Terima Kasih Abang Mahadi dan Kak Halimah sebab jemput kami. terharu..

bila ada gather gather cenggini haruslah berkumpul untuk mengumpat Puan pinggan mangkuk. dan Encik beg tangan. sahut menyahut cerita di dengar. aku? tak ada pengalaman beli . jadi kena dengar je lah yea. dengar tak apa tak kena bayar. dengar lah berbakul bakul pon tak apa. DC pon tak marah. haii bang. mereka kata MURAH .. you dengar tak? love you. eh tetiba haha. abang tak cair ke sayang sebut love love neh. ehem ehem



eh kami keluar waktu malam la. jarang berlaku cuma dalam keadaan terPAKSA. menghadiri jemputan atau pun atas sebab keperluan saja. keluar 5 petang sudah gelap gelita sejuk bedi. bas pulak nak ke dua dua hala lambat pulak tu. mengigil gigil ketaq dagu. hidung Hariz sampai berdarah sebab sejuk sangat agaknya. Hakim pulak berlari mendapatkan INHALER dia. semput. pulang pukul 8.30 malam semacam pukul 1 pagi gayanya. sunyi dan terlalu gelap. pekan di London ini mati lah lepas pukul 6 petang. kecuali nak pegi MABOK cinta. Allah marah tahu.

perenggan kedua last di atas tidak bermaksud meminta simpati sesiapa yang membaca. hanya perkongsian pengalaman sahaja. harap maklum. eh macam bahasa rasmi pulak.

dah lah tu. aku nak tido..zzzzzz

No comments: