Thursday 11 November 2010

Addict

Salam,

duduk kat negara 4 musim nak melalui musim getir Winter adalah menggerunkan sebenarnya. mitos kepada orang orang yang tak pernah duduk luar negara macam kami sekeluarga ni memang menyeronokokan. sujuk best sejuk je takyah nak berpanas panas. tak yah nak bermandi berbaldi berpeluh peluh. tak perlu pasang aircond.

tahu tak cuacha yang sejuk ni kulit kering. kering diserap oleh sejuk. macam panas jugak. bibir kering. tekak kering. sepatunya kena minum air. minum air untuk basah. membasahkan tekak. membasahkan kulit supaya lembap. kena minum air. air secukupnya sekurang kurang 8 gelas air. musim sejuk minum LAPAN gelas air akibatnya tangki penuh. bila tangki perut penuh paham paham lah. kena jumpa Dr Tan. kenal tak Dr Tan tu sapa. Dr Tan tu kan TANDAS. haha kesian sapa tak tahu. yang dah tahu tu tentulah kata aku ni buat lawak basi.

rumah ni dahlah tandas nya kat tingkat atas. ape ke biol dorang ni buat tandas kat tingkat atas tah. tiap kali aku bising ngan DC marah kat design rumah ni sebab tak buat tandas 2. buat la satu kat bawah satu kat atas. apa la kan. nasib menyewa ja. kalau kena beli tak hinggin nak beli umah yang macam kurang sifat ni. kalau dah tak tertahan tahan nak pegi tandas mula la naik terhegeh hegeh naik tangga dengan rakus. sudah lah tandas nya satu. tu lah yang menjadik rebutan. sebenarnya bukan nak citer pasal tandas sangat. nak citer pasal kena banyak minum air.

ntah apa punya spesis susah sangat nak minum air masak. kalau minum pon secawan kecil aje..aku ni ada 1 ketagihan yang boleh di kira macam tak berapa baik lah. macam tak bagus untuk kesihatan lah. AKU ADDICT dengan NECAFE la. Nescafe susu. macam tak boleh tak minum. nanti PENING kepala. pernah satu hari terputus bekalan susu. kepala jadik pening berpinar. berdenyut. picit kepala pon tak jalan. buat cabut cabut rambut untuk hilangkan pening tu pon kejap je OK lepas tu pening balik.

setakat makan bergizi seimbang yang lain semua belasah. buah memang HANTU la. sayur pon aku sangat cinta. kalau lauk tak ada sayur macam cacat lah lauk tersebut. di makan pon rasa tak sedap dan tak menikmati sangat. tak berselera lah. minima sayur pon tomato dalam kuah tak pon timun gonjeng tu. makanan ringan jajan tu aku tak jatuh hati sangat. maggi tu pon aku tak kemaruk sangat. tak lah tercari cari tapi kalau ada aku NGAP jugak. haha. susu segala jenis haiwan yang bersusu aku minum dari susu tepung sampai la susu yang mentah fresh. makanan yang instant instat tu memang tak adalah jadi keutamaan. kalau diberi pilihan memang tak pilih lah yang instant. paling cikai pon telor la. masak pakai ajinomoto pon aku tak reti sangat. ada ada bukan tak ada ajinomoto cuma bila tak biasa pakai memang terlupa nak letak sampai tak berpakai pon.

tapi tulah jangan pisahkan air nescafe dengan aku. macam katagihan luar biasa. adik beradik nescafe yang paling rapat kopi boleh la jadik pengganti. tapi aku lebih pilih nescafe. kalau balik rumah mak mertua memang tak merasa lah sebab femli belah DC memang tak minum nescafe. aku sanggup tapau dari rumah. tapi sorok sorok la minum. haha. nanti berasa hati pulak orang tua kan. main tapau tapau pulak dari rumah. apa neh.

tahu tahu tak bagus. tapi ntah nak jugak. kan dah kata addict. addict yang susah nak kikis lah. lagi senang kikis uwang suami. haha. sapa lagi nak kikis duit dia kalau bukan isteri dia kan. soo isteri kat luar sana kikis lah duit suami anda. macam aku OK lah kan tak kerja HARUS lah kikis duit dia. abis aku nak kikis duit sapa. Jiran sebelah? best jugak kalau dapat. gile ke hape.

ok la nak pegi buat nesafe lah.. yuhuuuu..

No comments: