Tuesday 9 November 2010

Simple Life

Salam,

aku rasa hidup AKU kat sini simple lah. aku kata hidup AKU la sebab aku tak tahu kehidupan orang lain cemana. kami sesimple yang banyak. aku jadik suri dalam rumah. buat roti gula (itu lagu 3 kupang) beza betul dengan kehidupan aku kat Gombak. tengok eh. anak anak 3 orang pegi sekolah suami hantar jalan kaki saja. hanya belakang rumah. kalau berlari lari bapak dan berlari lari anak hanya 7 minit 32 second je. eh tang saat tu aku tambah tambah je. punya nak tunjuk kan dekat tu kan. tak payah nak pikir jem. lalu jalan mana yang kurang kereta. tak payah letih otak pagi pagi pikir mana jalan ter tak jem. 8.30 pagi keluar hantar anak 8.45 pagi dah pulang. amik masa sebab 3 anak nak hantar depan pintu. tak payah strees dengan bonggol bongol yang ada, tak payah stress dengan minyak yang habis nya laju macam air paip. tak payah nak sumpah seranah trafic light merah yang lama kemain. siap tuduh lampu merah tu berat sebelah lah, rosak lah. sekali dengan orang yang setting traffic light tu pon kami marah. padahal tak kenal orang tu. haha.

aku pulak boleh setting job spec sendiri. job description pon aku jugak yang setting . KRA aku , aku sendiri yang tentukan. hari apa nak basuh baju pukul berapa nak masak. berapa kali nak mandi dalam seminggu. pilih aja hari apa nak cuci toilet. pilih saja waktu terbaik membuat marathon melipat baju hingga dah macam rupa Hutan Batu kat London bertingkat tingkat.

paling best kat sini aku suka sebab adanya DRYER. kalau kat Malaysia dulu aku strees sebab baju tak kering sebab hujan. sebab sidai dekat dalam rumah paham pahamlah 3 hari baru kering. itupon tak semua kering. jeans tak kering sidai sampai seminggu. kadang kadang sampai KERAS jean tu berjemo dalam rumah. sidai malam malam. pagi pagi dah pegi keja hantar anak sekolah balik pulak dah petang matahari pon dan menunduk. pernah tu sampai baju sekolah anak tak kering. lembap je. lambat basuh lambat sidai. terpaksa gosok utk keringkan.
Dryer best arr bila bila boleh keringkan baju. lepas dryer terus boleh pakai balik. kena basuh dulu la. kalau lambat basuh pun malam tu jugak dryer pagi esoknya dah boleh pakai. best best suka suka suka. sila dapatkan dikedai berhampiran anda. haha macam beli mainan je iklan nya. untuk yang MAMPU saja.

dah lama tak strika baju. dulu dulu pagi pagi iron baju keja aku, baju DC, baju sekolah anak anak. sampai berpeluh keringat di dahi macam bertani macam penoreh getah macam pekerja kontrak kawasan pembinaan. kalau gosok sekali gus untuk seminggu berjam jam masa habis kat gosok baju je. malas lah. JEMU. kalau buat pagi pagi gosok untuk seharian aje. banyak juga tapi tak lah jemu sangat. KINI kat sini DC pegi Universiti berimej ROCK .. haha pakai t-shirt dan jeans. gaya bebas kuak semua haiwan. simple kan. anak anak ke sekolah pulak pakai Jumpers. kemeja kat dalam jumper kaler putih jenis Non Iron tak yah ah gosok bukan orang nampak pon. tak gitu. trousers skolah pon slack jenis Non Iron. lagi simple. aku punya baju lagi la tak ada yang kena gosok kalau ada pon tudung seketul dua. tu pon ulang ulang tudung yang sama. sebulan sekali ja gosok. bertambah simple.

tak payah basuh kasut sekolah. Malaysia punya school uniform engkau semua pon tahu lah. putih sana putih sini. sampai kasut semua pon putih. tak paham aku kenapa kasut sekolah putih. sapa sapa yang baca blog aku neh yang ada jawatan tertinggi kat KPM tu tolong suggest pakai kasut hitam lah. kat sini semua kasut sekolah dari Nursery sampai High School pon HITAM jugak. bagus kan. tak yah nak bizi bizi basuh kasut sekolah. tak yah sental kasut putih yang nak menuju ke arah kaler hitam tu. nak jemur lagi. baik concentrate dengan homework math anak dari buang masa nyental kasut skolah. kurang kan stress kan. juga mengurangkan kebarangkalian peningkatan penyakit darah tinggi untuk ibu ibu muda belia macam aku. persoalanya muda kah? mari ramai ramai sorak booooooo.. bagi la chan aku perasan kejap.

anak pulang pun ayah mereka jemput. tak bersesak sejak di jalan raya. hanya bersesak dalam sekolah sebab semua pon ambil anak sendiri. bayangkan kalau ada 30 student. ibu atau bapa pon menjadi 30 jugak. beramai ramai menjemput anak anak pulang. penuh kasih sayang. penuh dengan keselamatan terjaga. teacher tak lepaskan student hingga dia nampak ibu atau bapa. teacher jugak KENAL setiap ibu atau bapa students. anak tak buat homework emak pulak kena marah. erk..bagus kan. (aku lah tu)

nak keluar rumah pegi kedai pegi park tak payah fikir pasal minyak kereta cukup ke tak? duit tol berapa yea?. jalan mana nak ikot yek. ? jalan sini jem tak ? jalan sana jem tak. ? hanya perlu tenaga kudrat KAKI dan kad top up Oyster jek. then tolak je stroller. Mudah kan. naik bas pon tolak aje stroller anak. bas besar. muat naik stroller. best kan.

sempena dengan tajuk entry Simple Life ni. sesekali ku rasa teringin (tu kan lagi Shima tak yah ar tengok kat you tube) memakan makanan yang berstatus simple. macam ni :


TUNA SANDWICH complete wif Mayonise, Salad, Tomato, Cheese. oleh kerana Tuna itu spesis Ikan maknanya aku je lah yang lahap makan. DC macam kena tolak tolak je ke dalam mulut untuk habiskan. kesian dia. aku paksa. kesian. apa nak buat. sesekali ndak gak breakfast simple simple asyik asyik menu complicated dan yang berciri berat. isk dia ni tak berjiwa antarabangsa la. tapi tu la DC sporting. ikut je. tak kisah. but tak leh la selalu.kang ade pulak yang terbelahak. hahaha

di samping Simple Life.. kami bersederhana. terlalu sangat paling JARANG sekali makan kat luar. tu dia nampak sangat last punya last choice lah beli makanan kat luar tu. isk korang tak tahu ke kedai makanan kat luar tu dah lah susah nak mencarik yang HALAL tidak bertaste kemelayuan gitu. tahap kepuasan sifar tahu. untuk orang orang yang bertekak kan NASIK ni mau menggelupor kena makan Kebab, Roti, Burger neh. kalao ada jual nasik pon nasik yang berperisa Pakisatani, Arabian, Chinese. iya ada memang ada la restoren melayu yang jual menu menu melayu tapi jauh nuuuunn kat London sana. on the way balik dah lapa balik dah kena masak lain pulak. sejak duduk sini dah nak masuk dua tahun ni ada la TIGA kali je. tu pon pilih menu yang betul betul aku TAK BOLEH bikin punya.

to be continue... adios

No comments: