Monday 29 November 2010

Demam dan Klinik

29 Nov 2010 - Isnin

hari hari Cloudy je. angin kuat. mulut berasap toksah kira la kan. hari ni je NEGATIF 6 kat uxbridge neh. masih mengalu alukan kedatangan salji yang tak kunjung tiba. snow masih tergantung gantung atas awan. segan segan pulak nak turun.

Puteri masih belum hilang kebah demam nunggu salji turun. batuk dia tahap kritikal. sejak duduk sini seksa nak pegi klinik AKA jumpa GP. kalau kat Malaysia bersepah sepah klinik. merata rata klinik. selang sebelah restoren sebelah kedai bunga dah ada klinik. macam macam nama klinik. Klinik Famili kat Selayang (kami pelanggan sejati ni tau), Kelinik Setia (aku pon tak setia pegi di kala terdesak), Klinik Wangsa (last choice). pendek kata Klinik Panel MARA dan yang bukan MARA disegenap pelusuk bandar ada. start injin keta. terus register kata nak jumpa doktor. jumpa dokto cek cek macam semua dokto buat. dapat ubat. balik dari klinik dah boleh bagi makan ubat. boleh anak yang sakit berehat. free le sebab nanti klinik claim dgn company.

kat London ni producer eh procedur nya lain macam. memula dtg London ni kena register NHS (
National Health Service). kalau tak register jangan harap lah kau nak dapat jumpa GP (General Practitioner AKA pak dokto). kalau register dgn NHS ni bole la dapek hai obat lah obat PREE.. FERSUME.. untuk anak aja dowh.. ceh

masa register tu pon dah banyak cekadak. segala dokumen ndak. nasib tak mintak surat beranak atok aku. kalo tak pengsan aku. kena register sekali dengan klinik mana yang kita nak pegi. ok la mandangkan DC boleh berulang pegi Brunel Uni. dan rumah pun boleh dikatakan dekat lah jugak dgn Brunel..soo kami register je Brunel Medical Centre (Klinik). nampak mcm simple kan. sebenarnya....

bila di dampingi apa apa sakit kena APPOINTMENT. wajib appointment. kena telefon dulu. kalau kritikal sangat sakit baru boleh pegi Hospital yang berdekatan. Hillingdon Hospital. itu pun kena masuk EMERGENCY. kalau dia tengok engkau boleh jalan lagi maksudnya belum kritikal tunggu lah ko 2-3 jam ikut giliran sapa datang dulu atau sapa sakit teruk dulu. itu kalau nasib baik. kalau tak baik tunggu lah seharian. kejam kan.

bila dah telefon dia akan bagitau BILA boleh jumpa. kalau tak datang appointment kira burn. bakar. hangus. maka appointment lagi. huh! bayangkan kalau anak athsma atau demam yang panas. sementara nak sampai date, hari dan masa yang JANJI itu kenalah membuat PRA TREATMENT secara sendiri di rumah. tak pon sampai masa nak jumpa dokto dah baik dahhh.

OK OK dah siap appointment.. terus je jumpa dokto. senang kan. tapi tak jugak. kena pegi la Brunel Medical Centre tolak stroller. BAYANGKAN dengan cuaca yang sejuk menggedik nie berbalut balut segenap aurat kulit yang terdedah BERJALAN membawa anak demam semata mata nak pegi jumpa GP untuk dapatkan PRECRIPTION. heiiiii precription sahaja tau. bukan ubat. Medical Centre tu tak keluarkan ubat. nak amik ubat kena pegi PHARMACY. dalam Brunnel ada Pharmacy tapi tak semua ubat ada kat situ. ubat enzema Hariz tak ada. ubat athsma Hakim yang kaler brown tu tak ada. kena pegi Town Centre (15 - 20 min dr Brunel) pulak carik Pharmacy Floral ke hapa tah nama dia. haa yang atok nenek moyang ubat ada. tunjuk prescription baru boleh dapat obat free. tidak kalu. bayar juga.

dulu masa 1st year duduk sini tiap bulan pegi Medical Centre sebab nak injek. sebab masa tu kan Puteri masih perlukan imunisasi. TAK PERNAH dapat precription ubat. GP kata nanti you beli lah Carpol (ubat deman ala2 Paracetamol) standby di rumah takut takut lepas injek baby akan demam. aik tak bagi prescription pon suruh pegi beli ok .. kami lurus la takde bengkok pegi la BELI.

kalau pegi jumpa dokto pon ubat yang dia precription pon ubat yang sama soo ubat memang dah ada kat rumah. cumanya kami kasihan nak bawak dia meredah sejuk ke Medical Centre hanya nak ambil precription utk ubat yg sama dia makan. Maka kami beri Puteri makan ubat NUROFEN for Children IbuProfin perisa Strawberry lagi kau. beri ubat selang sejam dia macam OK tapi sebenarnya belum OK.


sejak semalam (Ahad) mereka inilah peneman setia Puteri. memperkenalkan dari kanan Tixylix (Honey Lemon Glycerol) AKA obat batok, NUROFEN (Ibuprofen) AKA obat demam. disertakan bersekali dengan Picagari. Minyak Herba berubat (Nona Roguy) di import khas dari Malaysia. untuk sapuan dada, leher dan belakang badan. memberi efek warm dan berangin pada sistem pernafasan. terdapat juga Wet Tissu untuk mengelap lelehan ubat dan sisa muntah. tak dilupakan mangkuk tadah muntah mengejut. tiada dalam gambar. boleh jadik nurse tak aku?

maka anda yang berada di Malaysia HARGAILAH KLINIK DAN UBAT yang diberi. harap maklum

No comments: