Tuesday 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Happy Eid Adha,

sesungguhnya tiada apa apa yang berlaku sempena Eidul Adha kat sini. tiada makanan best best. serupa jek ngan hari hari biasa macam isnin selasa rabu kami dan jumaat. breakfast nasi goreng. anak anak telah DC cutikan sempena menghormati hari ini. heiii kami sambut sehari lebih awal dari Malaysia lah. 16 November 2010 !!

malam Aidil Adha DC pegi join geng Brunnel bertakbir ke rumah kawan kawan secara bergilir. Hakim ikut ayah. seronok dia sebab dapat naik kereta katanya..haha. Besoknya kira hari ini lah, DC ada Lab kat Universiti. tinggal la kami kat rumah bercuti cutian sambil bertibi kan kartunberbackgroundkan takbir raya. arhghhh takde la sedih sangat. hati dah kebal agaknya. dah macam kental dan utuh.

DC balik tengahari, then kami join pegi jamuan raya kawan yang buat open house. owhhh dapatlah makan Nasi Impit, Lodeh, Rendang Daging, Kuah Kacang, Ayam Merah dan Bihun Sup. SERONOK nyaa.. tak terhingga. best best best love it. Thanks a lot Jep n Zah serta femli

balik tu singgah Tesco beli stok groceries. seharian ni memang foggy memutih 360 keliling. huyooo rase macam kat Genting Highland laaa.. macam laluan nak ke Genting makin tinggi makin memutih camtu la kat sini. terkejut jugak selak langsir tak nampak apa. balik dari Tesco tu ikut laluan padang bola. mak aihhh 2 meter kat depan tak nampak apa. tetiba ada manusia tersembul keluar dari kepulan kabus tebal tu. seram wehh macam dalam filem citer hantu tu. HORROR betul ko. tapi bila kami redah je kabus tu tak la gelap sangat. tapi dia punya kepulan tu dahsyat. muka pon rasa teballl sebab sejuk amat. kalau boleh telinga pun nak keluar asap. aik? boleh ke telinga melahirkan asap? ntah. berkepul di udara. hidung dah pedih. pengalaman betol. Subhanallah hebat ciptaanMu.

sekarang waktu solat jugak semua sudah awal. tengok eh.. Subuh : 5.26 am ; Zuhur : 11.47 am ; Asar : 1.49 pm ; Maghrib : 4.12 pm ; Isya' : 6.02 pm... lepas maghrib pukul 5 petang tu dah gelap gelita dah. bila dah gelap gelap ni mata pon mula terkuyu kuyu. macam xde semangat nak bergembira. woii aku pasang lampu laaa.. hahaha..
ok teruskan.. bila dah sejuk berlipat lipat ganda ni kami mengeON heater. takut jugak anak anak tak tahan dengan kesejukan luar sampai menyelinap masuk ke dalam rumah. keep warm. hangat

gitu la citer Aidil Adha di Benua Europe ni. lebih rendah dari biasa.

mintak diri dulu. eh sopan nya anak sapa lah ni. maaf sudah berpunya..ngeh ngeh ngeh

No comments: