Monday 23 August 2010

Airmata Syawal

Salam,

JOM SAMA-SAMA
NANGIS DENGAR LAGU NIEH..

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

oh lupa lupa lupa.. hanya orang berada JAUHH dari kluarga yg dpt mengalirkan airmata Syawal ini.. jauh jauh jauh jawoooooohhh dan sngatttt jauhhhh.. aku tak pernah menBAYANGkan hidupku jauh jauh jauh dan sangat jauh dari emak. Mak aku dulu tinggal kat SENTUL skang kat BT MUDA. aku keja kat Gombak, rumah kat Selayang, rumah mertua kat Tg. Malim (Sg Dusun) .. sangat tak jauhnya dan betapa tak mencabar nya kalo stakat nak balik raya, stakat nak balik weekend, stakat nak balik hari nak amik lauk yg tertinggal... KINI.. kini kini dah DUA tahun mungkin akan TIGA tahun raya tanpa femli.. sedang usaha sekerasnya kentalkan hati untuk tidak tidak tidak menangis, jangan menangis, tapiii mataku ini sangat degil dan tak mahu dengar kata. tahukah bagaimana prasaan menahan diri dari nangis.?? dada sangat sakit, tekak rase perit, airmata bertakung tidak mahu jatuh, nafas tersekat sekat, hidung kembang kempis mcm nak seakan keluar cecair dari hidung, kerongkong rasa pahit, pahit sebab tahan SEBAK didada.. mata ku kelip kelipkan agar airmata yg berkaca tadi akan terus hilang tidak mahu hilang malah semakin banyak bertakung akhirnya melimpah juga..melimpah rembes mengalir dipipi rasa panas.. dagu rasa bergetar menahas pedih .. panas dipipi bertambah bahang, turun airmata semakin laju terus laju tanpa dipaksa, xde yg suruh pon dia keluar.. gugurnya airmata ini dari perasaan. PERASAAN RINDU..

tak ada ayat yg dapat menerangkan perasaan yg subjektif nih.. xde gambar foto yg dpt
menggambarkan feel ini hanya hanya hanya PENGALAMAN ini yg dirasakan sendiri sahaja yg bisa memahami. wahai gema hati ; tak payah pujuk jiwa aku, tak payah kata sabar sebab aku dah muak dengar word2 itu. semakin aku dengar pujuk itu semakin aku dengar kata sabar itu semakin aku rase sedih yang teramats sangat. wahai hati ; bantulah aku untuk lupakan yg aku berada dibumi bernama London ini, bantulah aku untuk aku tidak merasakan yg sebenarnya aku disini, hilangkanlah permandangan aku tentang kampung, tentang emak, tentang persiapan2 Aidilfitri itu.. hilangkan kan lah kaburkan lah...


nak teruskan menangis.. n zzzzzz... :(

No comments: