Thursday 18 November 2010

Bukan Susah Faham Perempuan

Dear Diary,

semalam Hari Raya Korban di UK. hari ni Raya Korban di Malaysia. korban? apa korban bagi aku ? aku kini sedang berkorban. aku korban kan kerja di opis tercinta dengan menggadaikan seniority yang lenyap selama 3 tahun. korban kan cuti dengan tidak mempunyai gaji semata mata mata telinga seluruh organ dalaman aku mengabadikan pengalaman menjadik suri dalam rumah untuk suami dan anak anak tersayang. bukan mudah nak membawa diri bersekali dengan jiwa di negara orang yang amat asing bagi aku.

aku selalu kata bukan susah nak dapat kegembiraan aku. TETAPI bukan mudah juga nak faham aku. corak pemikiran seorang perempuan macam aku sukar di ramal tapi mudah di kaji. sama macam memilih lampin pakai buang untuk anak jenis A; 54 keping berharga £6.99 dibandingkan dengan 2 beg bukan brand pampers setiap satu 32 keping berharga £7. kesimpulan nya jenis A adalah £0.127 pence selai dan Jenis bukan pampers di dapati £0.109 pence selai. nampak macam komplicated tapi ending nya aku nak tahu selai brape sen dan berapa aku boleh jimat dengan menganalisa selai lampin je. walaupon hakikatnya jenis A itu lebih cantik kualiti nya. macam tu la AKU nampak simple tapi sebenarnya complicated. simple math je.

bukan susah menjaga sudut hujung hati aku ini contohnya aku kirim beli gula tapi di beli gula merah walau pon nama dia gula namun kualiti tetap tak sama. aku lebih rela jawapan nya tak ada, habis, kedai tutup. walaupun jawapan tersebut adalah tipu. aku sanggup minum air tak ada gula dari minum air bergula kan gula merah. baik tak payah beli kalau beli pon salah. macam tu lah aku beli nanti hati pecah. ini contoh saja

graph mood hari ni kurang stabil. bila marah jatung bergerak sangat laju. nafas mencungap. telinga jadi panas dan kebas. muka jadi KETAT. kalau aku cuba berkata kata seperti di rasuk. lebih baik aku DIAM. walau pun kata kata yang di rasuk itu adalah sebenarnya BENAR dan BETUL serta selalunya FAKTA.

fakta di mana AKU TAK NAMPAK BEZA SOFT TOY HARGA £12 DAN SOFT TOY HARGA £0.10p. kat mana beza dia ??? mana?? "%£%$£$^%$£^%*(!!!£"%$ (sedang memBEBEL...) SORRY tu tak dapat pulangkan balik RM60 itu. lebih baik aku beli tudung dapat juga pahala.

aku ter FIKIR FIKIR nak beli thermos yang dah hilang penutup dalam dia selama 2 bulan. dah angkat letak balik dah angkat letak balik sebanyak 3 hingga 4 kali. akhirnya aku beli sebab terlalu mahu bawak air panas kalau keluar sebab cuaca sejuk. bukan mahal pun £4 je. £12 tu tak boleh kah fikir LAPAN kali. hah! sama nilai dengan Susu dan Pampers anak. tahu?

aku nak beli Tuna Chunk dalam tin tercarik carik kalau ada yang harga £0.50p tapi 15 minit tak jumpa. last sekali amik jugak yang harga £0.87p tu pun yang termurah dan berjenama Tesco. kan bagus kalau £12 tu boleh beli Thumb Drive atau Memory Card berbanding SOFT TOY itu.

sudah lah aku tengah marah neh.. tengok.. aku tak gelak pun apatah lagi senyum.

2 comments:

Ana said...

aku setuju 100% la dot utk entry ko kali nie...bukan susah sgt nak paham hati pompuan nie...aku pun mengalami nasib yg sama....tensionnnnnn....kenapa la lelaki ni dilahirkan dgn hati kering?

Rafidah said...

hahha... boleh GIVE ME FIVE lah..