Saturday 20 November 2010

Hazim Assembly -Anti Bullying Week


Salam,

19 Nov 2010 - jumaat

seminggu sebelum tarikh kat ataih nun Hazim hari hari mengremind kat aku "mama, jangan lupa datang Hazim buat presentation assembly Caterpillar class" aku? OK OK..mama dan ayah datang bawak Puteri sekali yeh..

ada ja xtvt dorang ni kat school. kalau sorang anak macam2 xtvt kalau 3 anak skolah maksudnya bermacam macam ragam xtvt. mujur aku mak mak kat rumah. banyak masa lah melayan xtvt skolah neh.

Caterpilar tu nama kelas dia. Year 3 Caterpilar. melayu kata Kelas Ulat. alamak buruk pulak kata kelas ulat. euww geli ah. sebut caterpilar macam CLASS gitu walaupun sebenarnya maksud dia sama. xceli sume pelajar kelas terlibat. walaupun bukan watak utama mahupun jadik hero tapi OK la bagi semangat kat dia. bagi Hazim feel xcited kan. sempena ANTI-BULLYING kat school.

sini udah le banyak pendatang termasuk kitorang. heii kami bukan pendatang. kitorang tetamu terhormat. hehe. ala2 dijemput gitu. bukan sorang dua tau.. berENAM. harus lah bangun take a bow..
dah macam2 kaler la kat school ni. orang puteh pon macam 60% lebihnya kerinting ade, coklat ade, hidung penyek ada. macam2 ada. bagus jugak dorang buat anti-bullying week bagi budak2 bukak mata jangan BIAS dengan kaler kulit mahupon rambut kenteng macam DC.. opss... susah tu nak dapat rambut camtu. uhuk uhuk. aku lak rasa putih la bila diri sebelah pak tam atau mak tam (kang dorang tahu kalau panggil negro). ahaaha..

secara kasar dorang ni memang tak nampak macam memilih milih kawan atau anggap semua SAMA RATA. tapi ade gak stengah2 tu yang serooong je lebih2 lagi nmpak bertudung. kalau yang tua tua tu OK la. cakap pun nice je. tapi bila remaja2 neh. hek elehh kerekk semacam je. itu pengalaman sendiri la. kebanyakkan nya BAIK la. terlebih peramah pon ada.

so far kat skolah memang OK sangat. dorang FAIR n SQUARE. cekgu2 pon bestt.. lagipon ramai ah sini yang bukan tulen British. banyak jugak yang kawin campur. nampak muka sume macam mat saleh tapi bukan British tulen. banyak dari Europe la. banyak Poland. Pakistan tok sah kira la memang berlambak bahkan bersepah tak larat nak kutip. orang Arab pon sama. tengok rupa wah sume macam orang British. bila tang bercakap hancur.. kluar sleng negara memasing. dulu mula2 aku bantai je sume aku ingat orang tulen British. skang ni dah bole cam la. secepis teror di situ.

alamak TERpanjang pulak mukoddimah .. isik sikit ja. macam makan ketam.
pagi Jumaat tu semua kena settle kan pagi pagi lor nak bersiap nak pegi skolah Whitehall Junior School beramai ramai. Puteri pulak tak bangun bangun. apa lagi herettt je la dia eh tak tak dukung je dia duduk tido kat dalam tu. kan dah kereta sejati dia tu. so duduk dalam tu slumberr je sambung tido. sampai masuk dewan pun tido gak lagi. sampai mujik berkumandang baru le sedor diri.

ini mereka sedang bercerita. secara gilir gilir.

tengok la kepala students kat gamba neh. macam2 kale ada..
gamba ni mase dorang tengah menyanyi


bila tengok dorang buat presentation kagum la sebab budak budak ni takde malu2 laa.. slamber je. berani betul. SEMUA amik bahagian xde berkecuali pon. tak gentar atau gugup langsung. cuma ade la sorang dua yang lupa lirik. eh tak dorang miming ja. lupa dialog. best laa FUN lah tengok budak cilik berlakon. kecik kecik dah pandai cakap omputeh. hahaha.. dengan kita tengok ni rasa nak berjoget kat situ gak.


abis dorang buat presentation Headteacher (kepala cekgu) buat la ulasan diiringi dgn kata pujian melambung lambung kepada kelas neh. wahhh berbunga bunga sunyum mereka kena puji ngan Kepala Cikgu. kagum tengok costume beruang, deer, tupai. bergema tepukan gemuruh macam guruh..

pengetua dia sempoi lah. Mrs Nightingdale (tak tau nak translate ape nama dia neh) peramah dengan semua ibubapa. dia boleh kenal dgn setiap ibubapa anak siapa. teror betul. kan ramai. syabass ..siap cam muka DC yang Pan Asian tu. ekekekekeeeee..

gitu la kisahnya.. bedtime zzzzz

1 comment:

Anonymous said...

xde video diorg ke...hazim ni mmg ada talent la kan...sayang sungguh video dulu tu hilang....

fr : sufi