Friday 12 November 2010

Kenderaan ANAK kami

Salam,

korang tahu tak KAMI kat sini tak pakai kereta. memang tak ada kereta dan tak beli kereta pon. ada jugak pasang angan angan nak pakai kereta tapi banyak sgt kerenah nya. duit sana duit sini penin kepala so tak fikir dah. selamat duit dan bebas kan otak. ringan skit.

kan aku selalu cerita dalam entry2 yang lepas kami kemana semua guna public transport. memang agak susah tapi tak apa lah. ini hanya ujian sementara saja. aku pasrah. walau pon selalu jugak a merungut penat, sakit kaki, letih betis bengkak, tapak kaki kebas dan macam macam lagi lah. anak anak pulak dulu dulu memula selalu jugak tanya kenapa kita tak pakai kereta. jawapan kami hanya sama tiap kali tanya sooo sekarang mereka dah lali dan tak tanya dah. paham agaknya. walau pon tak berapa nak mengerti sangat soal kewangan orang dewasa tapi mereka cuba jugak memahami.

kitorang kalau pegi mana mana memang kena bawak anak duduk dalam stroller sebab kat sini adalah salah mendukung anak tanpa bantuan sokongan apa apa. sebab kalau jadik apa apa kat budak yang kita dukung atau pimpin tu kita boleh di dakwa (kalau tak silap) sebab kelalaian penyebab kemalangan. tak jaga safety. kat ini safety first. naik kereta pon carseat sorang satu kanak kanak. apatah lagi pejalan kaki tegar macam kami.


BRAND : COMBI
sangat suka ini

mula mula datang London dulu dengan berlagak tak mahu bawak stroller sebab cehhh DC kata "nanti kat sana kita beli la yang baru murah murah cantik cantik" yea memang betul la. tapi depend pada design la kan, kalau sempoi harga pon sempoi. ko bayang la datang tak bawak stroller mendukung kulu kilir bawak baby usia Puteri ketika tu 4 bulan lebih. bengkak memang bengkak lengan aku. cramp abis lengan. Puteri pulak mase tu 'semangat'. kami sampai dah lah tahun baru 1 Jan 2009. kedai semua pon pegi cuti. tak mahu kaya lah mereka ni. malas kerja. tutup semua kedai. hari ke 4/5 camtu baru dapat beli stroller. itu pon yang paling murah dan sempoi. sebab pikir tak apa lah buat sementara je. nanti ada masa lain bile la beli lain yang proper konon. dah tak larat nak berdukung dia kesana kemari. lenguh sume otot. jadi masa datang tu kami menginap kat hotel Travelodge. so banyak duduk dalam bilik je tak ikut keluar sebab tak larat nak dukung dia. DC yang pilih. aku pulak dah tak dapat nak pikir dah sebab letih sangat dan nak marah je. so rembat je la asalkan boleh letak budak ni.

padahal kami dah beli stroller paling mahal dan amat bagus dah. beli kat Mesia. kat KLCC sana. tu dia punya lah nak sangat. tak penah penah beli barang kat KLCC tetiba terbeli pulak stroller kat situ. mengidam kot. eh boleh makan ke? keras la wehh.. stroller tu ringan. cantik. smoothh je bila tolak. boleh baringkan baby . kaler maroon tu unisex kan. tak la nampak gurl sangat dan tak nampak macam boy sangat. beli duu pon masa zaman Hariz nak lahir. Stroller zaman Hakim Hazim dah habis hancur sebab paham paham la yang menginapnya budak berdua tu sekali harung. lunyai. sponge kat seat dah rasa papan dah kesian pulak nak bagi anak no 3 duduk. macam sedih je. so beli la baru brand COMBI aku suka sangat. memang aku NAK sangat stroller tu dan beli memang bergadai bergolok hahaha.. tapi bila DC sogok aku dengan kata kata manis nak beli lain yang lebih cantik dan best. aku pon beralah laa ikut la kata dia yang konon nya bernas tu. sampai sekarang aku masih SALAHKAN dia kalau aku ungkit ungkit tak bawak stroller yang kat rumah tu. hish.. geramm

BRAND : CENTURY attach with BUGGY BOARD
(stroller dan buggy board ni beli asing asing)

soo hari 4/5 datang London DC pegi survey la kat Argos nun. bila dia dah pilih tunjuk kat aku then aku suruh proceed je beli sebab dah tak tahan nak dukung Puteri yang bulat masa tu. kena pulak waktu tu Winter dengan sejuk tercungap cungap dukung. dah beli tu baru perasan yang stroller tu baby tak boleh dibaringkan. just duduk semata mata. Puteri pulak masa tu belum pandai duduk lagi. tapi dah terbeli terpaksa la duduk kan dia jugak. sudahnya masa nak tido punya lah susah nak tido kan dia. bila dah tido kesian tengok dia terLENTOK je kepala sebab tak boleh nak baring. lama jugak pakai stroller tu sampai Puteri pun macam dah terbiasa pulak tak kisah pon tak dapat baring pon dia OK sebenarnya tapi aku pulak rasa kesian. Century nama dia.

mula mula datang dulu dalam seminggu tu ntah brapa kali ulang alik pegi Town Centre. korang tahu lah nak mula kan hidup baru dengan anak empat kat sini bukan senang. kalau pegi honeymoon senang lah hanya pikir perut sendiri. lapa semua boleh lagi tahan tak kisah punya kan. tapi bila beranak pinak ni. kena la stok makanan melimpah ruah. nak nak pulak masa datang dulu tak bawak 1 sen pon reta benda dari Malaysia. pendek kata sehelai sepinggang. hanya semata baju besar baju kecik seluar besar seluar kecik. periuk belanga apatah lagi. dari sekecil sudu sampai la sebesar periuk kuali semua kena bergadai kat sini. macam pelarian rupa dia. reta benda periuk belanga tu kalau jenis mainan yang plestik tu tak pe arr ni yang steel yang chrom besi punya spec. berat wehh.. berat gila denga berjalan kaki bawak bwang barang2 berat winter pulak tu. memang calar balar la jemari mulus DC tu haha.. MUJUR la ada stroller Puteri sebagai penyelamat. kami sidai kat stroller dia tu. bayang la periuk belanga tersadai kat stroller dia dah macam traktor binaan punya wheelbarrow. tapi tu la MAINTAIN je tak pulak tebalik ke. tak pulak terjatuh kebelakang ke. MAINTAIN KUKUH BERDIRI DENGAN GAGAH walau pon ciri ciri keGURLan berkaler PINK itu.


BRAND : TAK INGAT tapi Colour HIJAU

masa tu pulak Hariz belum berapa besar sangat. umur dia baru 2 tahun setengah. jalan kaki pun tak berapa lancar. wei bukan jalan macam dalam playgrond tau.. jalan macam orang dewasa 3-4 kilometer tau.. jauh tu. adoyaii jenuh la bawak dia berpimpin tangan. ikut langkah kami yang besar dan laju neh paham la kan asyik la nak terjatuh sampai berdarah lutut dia ntah brapa kali jatuh. yang bagusnya dia penat balik rumah tido. haa senyap. kesian jugak kat dia. tak reti apa lagi dok ikut mama ngan ayah kesana kemari. mase tu abang Hakim ngan abang Hazim dah start sekolah. Year 1 dan Year 2. school sampai 3.20 pm soo Hariz terpaksa ikut kemana kami pegi. nak naik bas macam tak berbaloi pulak sebab dekat sangat. bila dah 2-3 minggu tu kesian sangat tengok dia asyik la terjatuh jalan pun lambat sangat macam terlari lari nak kena ikut tune mama ayah jalan kan. so kesian punya pasal kami beli lagi 1 stroller. jenis buggy. simple punya la. patutnya dia kena pakai yang besar sebab kaki dah terkeluar dari stroller tu sebab dah besar sangat. tapi kami paksa jugak lah dia naik stroller tu. senang sikit.


BRAND : MACLAREN

bila dah lama tu kesian pulak tengok Puteri yang masih lembut tu tidur utk jangka panjang kat stroller tu terlentok lentok kepala dia. so aku mintak la DC belikan stroller yang lain. yang boleh baring punya boleh dapat dia tidur dengan selesa. ye la kalau keluar kan ambik masa lama. dia pulak kecik lagi perlu waktu tidur yang lama untuk membesar. tengok selalu tidur siang dia terganggu sebab tak dapat nak baring dalam stroller. kami beli la jugak brand MACLAREN tu. masa tu ada la diskaun kat TKMAX murah dari harga kedai harga asal. bila dah beli ehhh Puteri pulak rasa macam pelik kot sebab selama dia dtg sini duduk dlam stroller boleh duduk je. tetiba kena duduk dalam stroller kena baring pulak. lama jugak nak sesuaikan diri. tapi lama2 dia OK je. kadang kadang meragam mintak dukung. agaknya tak boleh tengok pemandangan kat depan. haha. dah pandai cuci mata.. hehe. bila dah pakai stroller Maclaren tu baru tahu tak la best mana pon pakainya sebab bila beli barang berat2 sangkut kat belakang dia asyiklah nak tergolek ke belakang. jenuh la ntah brapa kali jatuh. ye la kami pegi sangkut semua benda berkalsifikasi berat macam bawang, susu, pampers, kentang. dahlah kat sini banyak guna botol kaca sebagai bahan pembungkus. berat la apa lagi. tapi bagus untuk recycle. dok la terlentang stroller tu. akhirnya kejap je pakai. kalau untuk orang yang ada kereta tak menghangkut makanan kat belakang stroller tak apa la. keluar hypermarket keluar barang2 dari dalam trolly terus masuk dalam bonet keta. senang. ini tak sangkut dulu bergayut gayutan nak jalan pulang pulak. jenuh wehh.. maka pakai lah balik stroller Century tu yang beli 1st dulu.

bila dah sebulan dua tu pikir pulak susah pulak pakai sampai 2 stroller Hariz 1 Puteri 1. kadang kadang bas penuh nak bawak 2 stroller dalam satu masa kadang kadang tak muat. kena lipat. dah lipat kena jinjing pulak letih pulak. belek belek catalog nampak pulak Buggy Board macam menarik. pastu selalu pulak nampak omputeh dirikan anak dia kat buggy board bila amik anak pulang sekolah. nampak senang pulak. aku berminat. kami survey la. bincang bincang pikir pikir memang sesuai untuk pejalan kaki taksub macam kami beli Buggy Board attach kat stroller macam dalam gambar yang 1st kat atas untuk Hariz. mudah. simple. dan Hariz pulak boleh kurangkan berlari lari hilang arah. sooo decide BELI ... ternyataa BESTTT.. strongly suggest sapa yang ada anak2 yang umurnya rapat. adik duduk dalam stroller abangnya boleh berdiri atas Buggy Board ayahnya tolak 2 sekali gus. mama boleh pimpin tangan abang Hakim dan abang Hazim. haaa kan OK kan best ar bestt.. sapa nak tiru macam kami juara pejalan kaki sekeluarga daerah Uxbridge boleh laa beli mendalah ni. hebatttt 5 star !

tapi kat London ni macam macam jenis Stroller la jual banyak design mahal punya terbeliak mata mandang. sakan orang Malaysia membeli. tapi bagi aku kena bincang la sedalamnya nak beli tu tengok kepada keperluan. kalau kat Malaysia penggunaan stroller tak seMAXIMA macam kat sini. setakat duduk kat bonet keta. keluarkan time nak pegi shopping mall giant, carefour atau pon pegi park. sebulan berapa kali korang pegi sangat park tu. macam dekat dekat tu lebih selesa dukung. yela bawak kereta parking kat sebelah meja makan kedai. masa bila ko nak bukak stroller tu. ? bila? bila? sini jual stroller dari sekecik stroller sampai ke segedabak stroller. yang sampai tayar nya kena pam tu. macam tayar basikal ke hapa tu. hebat betul. aku selalu pikir muat ke nak masuk bonet keta atau pintu rumah tu. ? erkk.. yang tayar 3 ada yang tayar depan kecik tayar belakang besar. sini lain sini orang orang nya memang suka berjalan kaki. korang ? rumah belakang giant pon ko naik keta kan. nak beli nasik lemak 2 bungkus kat tepi jalan pun naik keta kan. (termasuklah aku) kalau boleh tanak turun keta. beli je dari dalam keta. kan senang. makan asap penjual nasik lemak tu. kat sini kalau ada kereta pon setakat nak ambik anak pulang pergi sekolah semua jalan kaki. kalau kat sekolah tu dah macam PESTA stroller. macam macam jenis. sampaikan stroller yang jual sini semua ada Rain Cover. macam kami punya tu. bila hujan turun tengah jalan tarik je clear plastik ready made tu. dah selamat tak yah pakai payung. kat Malaysia tak sempat kena hujan kalau dah parking bawah bangunan shopping mall. kan kan.

sekarang ni kalau nak ambik anak pulang sekolah lagi senang pakai buggy stroller yang HIJAU tu. ringan mudah. menyelit je kat ramai ramai manusia kat skolah tu. tapi yang hijau tu takde jual bersekali dengan rain cover. tadi hujan bawak buggy tu aku ambik je Rain Cover stroller Century punya. pasang kat situ .. eh boleh pulak. selamat tak kena hujan anak aku. brilliant idea. kata Hazim. haha.

kini Hariz dah terlalu besar. dah heavy weight. berdiri kat Buggy Board tu nak tolak kalau takde bawak apa apa barang lain memang ringan. tapi kalau shopping barang berat gila nak tolak. surrender DC. suruh dia jalan kaki pulak. barang2 pulak duduk situ.

cuba kira berapa stroller aku ada?? haha.. 4 tau EMPAT.. haha.. puas hati pakai sebab stroller tu la KENDERAAN ANAK KAMI. -tamat-

2 comments:

Anonymous said...

banyakkkk tuh stroller ko ade..mak tanye..nanti balik mesia stroller tu ko bawak balik mesia ker???

pstu sayuzi leh lak cadangkan..yang nanti kita x yah beli stroller..kita pakai je stroller COMBI kak linda tu...elok je lg abg tgk..." hahahahhha...aku gelak jer...punya la mahal org tu beli..kita lak sedap je nak merembat....hahahahahaha...kitorg nak pakai stroller????? ntah muat ke idak nye masuk kete myvi tu ....masuk kete viva of kos la sah sah x muat punya....hehehhehe...pastu sayuzi dok berangan lagi....dia kata "nanti kita nak beli katil baby yg mana nyeh..eh..kak linda ada ke katil baby tu...kalau ada kita x yah beli lah, kita amik je kat umah dia..." berdekah2 aku gelak... sedap sempoi je pikiran dia...nak memendekkan jangka masa hayat harta benda korg...hahahahha...aku cakap..kalau beli pon nak letak mana kat umah mak tu...rumah besar sekangkang kera ada hati nak beli...pastu nanti kalau tido malam kita sesedap tido atas katil..baby tido kat katil dia...nanti dia nangis memalam...2 2 xdengar..ada lak yg keras dlm katil tu...hehehehhehe....

fr : sufi

Rafidah said...

haha.. banyak stroller sebab takde kereta. boleh??
kalau nak pakai stroller combi kat umah mak tu pakai la dulu. alaa adik badek kira 50% dah laaa.. hahaha..
katil baby?? woii takyah ngengada beli. ambik je aku punya tu dah hampir 10 tahun kitorang pakai berbaloi. lgpon kalau beli memang tak pakai sangat. rugi. membazir.
omputih kat sini bukan stakat anak tidur kat katil. siap tidur bilik asing lagi sejak baby. kena pasang monitor la. dah ngko tu jenis sound trouble kah kah kah..