Monday 22 November 2010

Open House Aidil Adha

ini cerita hari Ahad (21 November 2010)

pagi ahad yang santai dikejutkan dengan lagu ntah apa lagu kat tipon DC. menterkejutkan bunyiknya. lepas DC bla..bla..bla.. lepas tekan buton merah dia terus kata "kak Lip jemput ke rumah. jom bersiap" BILA?? kata aku. lepas zohor. aik bukan ke zuhur 11.40 pagi. awalnya.. ehh K.Lip kata dalam pukul 1-2. tu laaa ingat ni zuhur Malaysia ke. OK la kalau pukul 1-2 sempat lagi la nak memBIKIN kek. dia jemput tak ramai katanya. yang duduk dekat dekat dengan rumah dia je. Malaysia la. kitorang pon paham dia menyewa Studio Room je. Studio Room tu situ lah Bilik tido. situ lah ruang tamu. bilik kecil untuk dapur dan bilik sederhana untuk toilet. simple untuk bujeng.

K.Lip dengan kami sesama UniKL. sebumbung keja cuma lain dept. dah tentu lah dia akademik. mula kenal kak Lip masa BMI kat Taman Shamelin Perkasa lagi. dia antara staff terpaling awal sekali menJOIN BMI. dulu2 mase memula masuk keja BMI dorang (dulu panggil instructor) suka mentanya interbiu gaya santai. tanya aku asal orang mana. aku suka jawab Muar Johor je. eh ramai pulak Johorian kat BMI tu. padahal aku bukan tulen Johor pon cuma femli Mak dan Abah memang asal asli Muar. terjangkit Muar kat mana. jawab lah Parit Nipah dan parit Jamil. waaaa rhopenya K.Lip asal Parit Bulat. wawawa aku selalu jugak makan Mee Bandung kat Parit Bulat. jejak kasih parit parit.. hehehe. ada lagi Instructor En Kamalulfaizin nama dia. edisi siasat punya pasal dia orang Parit Nipah sekampung pulak ngan mak aku punya kampung. tanya punya tanya laaaaaa rupanya sedara.. kah kah kah. punya la kechek dunia. Makcik aku (Mak Yah) kawin dengan Pakcik dia (Wak Mat) sedara sebelah arwah abah.

k.lip dtg London awal dia 3 bolan. so masa kami sampai dia bentang kapet merah untuk kami. haha eh tak lah. dia sambut dengan bunga manggar. juga tidak. apa hinggat menteri ape yang datang. dia sambut dengan set Nasi Putih, Kari Ayam dan Kobis Goreng serta Roti, Jem lagi. Jasa mu tak ku lupa sesen pun K.Lip. bergilir dgn Wife Pak Lajif hantar makanan ke hotel selama 3 hari. besoknya Kurma Ayam pulak menyusul di ikuti dengan Spagethi Bolognise. sementara nak bagi kami hilang jet-lag dan settle down. sejak dari tu anak2 sangat suka dgn spagetthi bolognise hingga saat ini. kalau ade award aku nak bagi kat dorang award. Kakak dan Abang TERBAIKKK !!

pesal byak citer k.lip neh. ni blog aku ke blog k.lip ni. aku sure k.lip tak baca blog mengarut ni. dia BUZY dgn research dia. sangat Tawaduk'. bagus bagus bagus

DC sempat ke tesco memetik stoberi dari rak. disuruh oleh aku. sementara dia ke Tesco aku mengodak tepung telur butter gula (basic cake).

tadaaaaaa...


elehhh butter cake wif whipping stoberi je. sempoi. terlewat sampai. semua orang dah sudah makan baru kitorang terkedek kedek sampai. kek punya fasal. selekeh sungguh rupa kek nih.

eh Raya lah Raya lagi.. Nasi Impit, Rendang, Lodeh, Kuah Kacang (penyebab kes jerawat aku), Mee Goreng, Kari Ayam, Karipap bulat versi sedap K.Lip. dan banyak lagi. best best best.. marvelos sume makanan bersekali dgn Kek Karet lagi. fu yohhhh tabik spring buai betul menengok makanan yang hidang dan di masak oleh K.Lip secara solo. whoaaaaa.. kalau aku, mahu pengsan tak bangun bangun. hebatt!!!! chef terunggul neh.

kami balik lewat skit mentulun lulun basuh piuk. ye la kesian tengok dia masak banyak2 sure penat berdenyut pinggang wehhh.. paham paham.. dapat pekena Kopi Susu Tarik. yeahhhh.. I Like!

Mekasih K.LIP..

2 comments:

suzana said...

ko tau fidah, kak lip tu adlh kakak kesygn hamba..cehceh..sama2 staff awal kt tuas..selalu gether2 g mana2 soping,holiday..tempt luah segala maslh..susah & seng.t'msukla ana & diha..mis u all..huhuhu - Kak su

Rafidah said...

whoaaa yeke. dia xtra baekk kan kan.. pesal sy xde mase tu.? haha dh tentu skolah lagik. aik sume kwn k.su dedolu sume kwan sy skang ni. kira pengganti k.su lah sy neh..hehe :)