Wednesday, 9 March 2011

indah kabar dari rupa

kuey tiaw fevret aku .. tak kira basah ke kering ke lembap ke. apa apa nama menu kuey tiaw depan dia memang aku suka. dok kat London ni susah skit nak dapat. bukan macam Mesia bersepah kedai makan order saja la kan. huk huk huk.. sini .... haaa dari kuey tiaw mentah keras hingga nak cecah ke tekak mau berpeluh ketiak masak. semata nak dapat makan hanya sepinggan. sangat berusaha keras tau. siksa nya usaha tersebut. bila dah siap luluh kepenatan.


nak beli bahan dah satu hal. kesana kemari carik bahan. siapkan bahan bahan hal kedua. nak godek kuali jatuh kepada hal ketiga. aku memang la masak je kejanya. korang kat Malaysia tu harus respek kat pelajar pelajar yang sambung belajar kat sini yang bujang. lebih lebih lagi seorang yang bernama isteri. urusan makan minum anak anak dan suami, penderitaan emosi rindu keluarga, sunyi jiwa bersendirian kat bilik siang malam. pressure belajar yang tinggi. tu blom kekangan agama, bangsa, bahasa dan persekitaran. kat sini kira senang lagi la kan english. kena yang blaja kat Russia, Finland, German... whoaaa harus tabik springggg.. dah lah kena blaja bahasa lain selain english. double pressure.

di mana langit di junjung di situ bumi di pijak. ko paham ke makna pribahasa ni? skang aku dah paham dah. amik sikit je topik makan. dulu dulu boleh lah manja manja kan perut. nak makan apa saja semua depan mata. gerai makan bersepah. siap merungut lagi kat facebook nak pilih kedai makanan feveret termahal dan tersedap. sini cuba la buat. jatuh bankrup la ko tak sampai seminggu. haha.. skarang barulah aku paham kenapa orang yang duduk sini berpuluh tahun kena ikut cara makan orang sini. mana ko nak carik gerai yang bersepah tu. pagi ni makan nasik lemak. pagi besok mee goreng. pagi lusa makan lontong. pagi tulat makan roti canai sardin kuah banjir.. huahuahuaaa.. masuk kandang kambing kena mengembik la.. tapi nak jugak berkokok... omputih pagi makan cereal. tengahari sandwich. malam ciken chop. kami ? nak jugak berkokok makan kuey tiaw goreng contonhnya. haaa amik ko berfeluh la kat dapo dengan asap berkepul.

semua tu sukar nak digambarkan dengan kata kata. hanya pengalaman mengajar erti kesyukuran kepada Illahi. masih ada makanan. takyah la nak milih sangat. jangan la demand lebih lebih. walaupun pahit getir ranjau berduri .... kena telan jugak.

nak siap kan sepinggan kuey tiaw .. dari tumis bawang kisar bersama udang kering campur cili boh yang dah rebus dan diblender, gaul dengan sos tiran dan sos tomato. masukkan mussels yang dikerat dua untuk gantikan kerang. joinkan skali fish ball. baru masuk kuey tiaw. then togeh. gaul sebati.. BARUlah dapat makan. duduk bertafakur depan kuey tiaw yang masih panas sambil baca doa makan. Allahuakbar .. letihnya masak semata nak makan kuey tiaw sepinggan.

aku ni kira beruntung lagi. lepas penat masak dan makan boleh lagi la rilek rilek. main main ngan Puteri. golek golek kat katil. cuba ko tanya yang jadik mak mak yang blaja kat sini .. lagi la .. terus pegi kelas .. atau pun terus pegi library baca buku. jauh malam tak tido. pressure dengan supervisor. layan suami lagi.. ops.. ha tu laa HAKIKAT nya.

banyak jugak la PRO and CON nya kan blaja sini dengan blaja kat M'sia. kalau blaja kat M'sia kang lain pulak problem dan caranya. kan kan.. apa pun halangan. tak boleh la nak give up kan. terus kayuh, kayuh dan kayuh dengan slow steady dan consistant. chaiyok chaiyokk student Malaysia.!

korang tahu apa? "bestnya! bestnya! ikut suami blaja kat obersi. dapat duduk sana. hebatnya. sejuk .. untung la kau.. kat Malaysia takde pon snow. bertuah kau yea! sronok la kau. bila la aku nak dapat pegi sana? snow snow jelosnya! nak jugak pegi sana.." tu je la lirik yang aku dapat dengar.. cuba tanya dari hati selami jiwa. alami sendiri. tak lah seBEST yang di sangka. tidak seindah rupa. percayalah. tapi untuk orang yang jiwa macam kami la.. jiwa kekeluargaan. jiwa keMalaysia'an. sukar nak kikis.

aku anggap ini adalah PELUANG dan ANUGERAH terindah.


3 comments:

cibilzsonic said...

hihihi tersangatlah setuju dgn statement akak! salute pada student yg dlm masa yg sama jd ibu,isteri dan pelajar! sedapnya koeyteow akak tu..harini saya masak bihun goreng.. hehe

rafidah said...

nora - wah bihun .. lama x buat sebab susah nak gaul kat dlm kuali ..haha.
akak pon respek ngan bujang mcm nora. rajin masak kat sini. bertuah encik kesayangan kalau kat M'sia beli je.. hehehhe

Adzriel AB said...

masak simple2 dah la. sunyi ekk.. nak temankan minum teh tarik pun jauh sangat. 2-3 hari memang le best kalau dah 2-3 minggu dah jemu. ini kan bertahun-tahun.