Thursday, 17 March 2011

lepak dengan Daffodils

yeay!! dah SPRING.. musim bunga best wooo. bleh tengok macam macam jenis bunga kat sini. roses bersepah sepah depan umah orang. memasing berlumba lumba nanam bunga ros. kitorang tukang belek. puji puji la depan tuan punya bunga tu. nanti dapat lah sekuntum dua.. :P. tapi kena hati hati jugak bukan semua mat saleh suka laman dorang di telek dan di snap gambo. kalo dapat yang jeling je kita cecepat cabutttt.. sini sensitif lah amik gamba sesuka hati depan umah orang. kalau kat park kau posing ala maut tertungging terbalik takde sapa nak tego. cuma dorang pelik dan senyum kambing je la. hoiii kami ni pelancong laaa..


SUBHANALLAH.. telek bunga ni tenang je jiwa. tengok benda cantik. tak jumpa lagi bunga yang tak cantik. bunga lalang tu pon cantik. kalau nak anak cantik letak la nama bunga. nak panggil pon best je.. BUNGAAAA.. eh ingat takde ke.. anak sepupu aku nama bunga. tak la B.U.N.G.A tapi Naurah maksudnya bunga.. :) alangkan bunga taik ayam tu pon cantek jugak walau pon nama nya taik. :))


Daffodils ni bukan nama tuan laman rumah punya bunga.. tapi nama bunga. kunin kunin berseri tu la Daffodils. ni bunga kebangsaan UK. alaa Malaysia kan ada Bunga Raya. sini Daffodils la. gamba gamba ni sume kat padang bola sebenarnya. kat sudut padang tu memang ada halaman khas buat Daffodils. kalau kat tepi tepi jalan raya pon banyak jugak. tapi semacam bahaya pulak nak meredah tepi jalan semata nak posing posing dengan bunga.

selalu yang suka bunga ni owang pompuan la kan.. kalau lelaki suka bunga erkkk.. no komen. omputeh memang suka fresh flower. kalau kat supermarket memang ada khas rak jual bunga fresh. tak kira musim. sini bole la dikatakan murah jugak bunga. sejambak basic tu 3-4 dah dapat dah. tapi yela tak tahan lama la. layu dihujung mekar. tingin jugak nak hias hias rumah ngan fresh flower comel segar je mata mandang. tapi ngenangkan tak boleh dibuat ulam atau lauk rentikan la nak beli. baik aku tanam serai, kesum ngan daun kunyit.

masa ni Hakim pegi umah kawan dia. Hazim plak sibuk nak main PSP. Hariz ngan Puteri je la kena layan jiwa mama yang bunga bunga. DC kena jadik photograper haku laaa.. "bang sini sini bang. haaa bang meniarap snap dari ujung sana yeh.." hahahaa.. layan kan.. kang kang haa majuk majuk.. mogok tamau masak. kikiki.


tak cukup dengan tu.. anak anak aku jadik mangsa jugak.. "haaa Puteri diri sini. Hariz kat sini. diri diam diam pandang ayah sana! senyummm.. cheeeseee.."



errr now aku tahu dah Puteri ikot pangai sapa laa .. ekekeeee..

cak!

ko tengok gambo dah geram. aku yang duduk situ eiiii rasa nak cabut bawak balik..


ni bunga ataih pokok. skang ni pokok ni baru berbunga. nanti dah ujung spring dan tengah tengah summer nanti dia berbuah. haku tak sure la ape kenama nya pokok ni. asal cantek aku snap je la kan. buah dia macam ceri. tak pasti bleh makan ke dak. takut gak nak try. kang birit cirit pulak. B dulu baru C. bukan cirit birit. salah. (teori aku)

sekian lah hidangan bunga untuk hari ni.. =)

10 comments:

niDa said...

malas ah nak komen. jeles! hahaha

Kak Aya said...

cantiknya engok bunga-bunga berkembangan...kita hanya mampu renung gambar je la...

Rin_Aff said...

memandang keindahan ciptaan Allah...
rase hina diri ini...

daku terbayang2 diri ini ade di tmn itew..(",)

noor said...

wow bestnyer duk dikelilingi bunga...

manueng said...

kat rotherham ni baru kluar bunga2 ats tanah yg kaler kuning tu je...tu pun kecik je baru....yg kat pokok lgsg blm kluar...xsaba tggu dah byk bunga...hehe;)

Lady Lavender said...

waa..dah penuh dgn munge2 la kat sana..best!sini masih tebal memutih..dlm proses nak becak pulak heehe..

Saharuddin & Rafidah said...

kak ngah - hah! malas komen. ceh..:P

kak aya - renung gamba pon ok la kan..hihi

rin - bayangkan tau.. jgn x bayang.. jangan gila bayang sudahhh..

nor - memang syok !

faiz - bulan 5 sure merimbun.. jgn lupa update kat blog gamba cun2 tau :)

LL - finland xleh nak kata apa la.. lambat lagi la nak rasa summer

manueng said...

hehe...insyaAllah ;)

Chibi Maruko said...

sini belum lagi nampak tanda spring, salji pun tak mencair lagi, rasanya hujung bulan 4 baru start bunga bungaan ni, sini summer dua bulan aje, lepas tu sejuk balik...

Yan said...

Subhanallah.. Cantik amat kembang nya.. menawan kalbu...