Saturday, 5 March 2011

Cath Kidston - English Roses

syioknya dapat beli benda baru.. kalau jaman kekanak dolu dapat beli menda yang aku suka boleh bawak tido.. la ni tak leh la dah. kang penuh plak katil. :P .. Puteri je kengkadang bawak baby dia lagi naik skali tido. adoii letih.

ni la ni laa beg tu yang aku canang kat entry before this. tak la cantek mana pon. yang penting aku berkenan. banyak lagi yang cantik cantik tapi sume aku tak minat sangat lagipon mahal la. tapi kalau ada duit skalipun aku tak nak beli benda yang aku tak suka. nanti end up tersadai tak terpakai pon. baik beli yang SUKA dan PAKAI.

ni macam sesuai letak fail atau buku. sebab dia jenis straingt je. rega £20. darab la yea. ngeh. 100% kain english roses tebal. macam beg beg kain tebal dia tu. tali penyangkut kat bahu pun jenis panjang. sampai pinggang. depan dia tu ada poket. plannya kalau balik Mesia sok kot kot lah pegi kursus bleh la melaram ngan beg ni. hahaha.. macam kan pegi kusus tiap minggu pulak. boleh gak nak isi baju balik kampung aku yang dekat itu. haha balik Bt Muda je pon. 15 minit je dr rumah. syok kampung aku.. :D

close up bunga kat beg...


yang lebih syok lagi ada ...

original woii.. hahaha

then beli ni jugak...
material kulit jenis plastik. beg ni cenonet je. pegang kat tangan. plan nak bagi kat kakak aku. asyik la soh aku carik beg jenis uncang. mano ado jumpo nya. hah amik ni je lah. £4 je. kalau dia tanak sok aku la yang laram.

nak jugak ada ni..

pastu cashier bungkus masuk dalam beg pelestik ni haa.. cun gak ..


jual beg jenis camni pon ade gak cetak rompak. hihi.. ingat kan brand Coach, LV, Prada je yang kena cetak rompak. kahkahkah.

percaya tak ni aku beli kat Butik Al-Car Boot..£1 je.. kalau baru jual kat Primark £4. ni kalau kat Cath Kidston £16-£20 gak woooo. sebijik sebijan kembar seiras mirip sangat. cuma takde label ORIGINAL tu laaa.. tapi beg ni susah nak jumpa lah kat Car Boot. dalam sebulan pegi tu ade la 1 booth je yg jual. tu pon kedekut nak kasik muroh pon tanak. dh lah x ori. grrrr

ada lagi ... ni haaa

ni takde la kat Butik Cath Kidston tuu.. ni aku beli kat dalam Pavilion je. booth kecik2 yang jual bukan kat kedai pon. tapi sebab bonga tu ai soka. maka rembat lah. £8 . kata cik sales tu bunga camtu tinggal 1 je. hand made from German. eiiii geram.. baru nak borong selori. :p boleh gak bagi kat orang kampung ... nasib takde. kalau dak rabak lagi duit. hahaha



5 comments:

Lady Lavender said...

masa kat msia kita paling suka kumpul bag, tapi bila dah duk sini kesana kemari bwk bag pack aje. Perasan cam budak2 la pulak hiihii..

Tapi beg2 yg tertayang kat atas sume cun2 belaka..
p/s: erkk nak panggil fidah ke linda yea??

ishamizu said...

Cantiknya tote bag akk tu..okla 20pounds, yg ptg ori n London mari, kn? hihihi...

rafidah said...

LL - fidah x suka bwak begpack. sakit blakang. husband yg bawak. :) ala xpe bila lagi nk jadik mcm budak2 nampak remaja skit..hehe

Izu - £20 tu pon berkira kira nak beli ke dak. at last beli gak. hehehe

Ana said...

yeaayyy....aku suka! aku sukaaa..!!! beg no. 2 tu paling aku suka..ko ingat x hajah ada kasik kat aku beg mcm tu...yg penting nama Harrods ada kt situ!..ari tu aku pegi Harrods kt KLCC..ko nk tau brape regenyerrr??? hah! amik ko...RM92.00...terbeliak jap mata aku..bila tau rege dia cam tu .. terus aku carik beg tu nak simpan baik2...mahal woooo...Dot, aku ngan kak za dah berkenan sume beg yg ko tayang...nnti kitaorg nak kirim sebelum ko balik...kang kita org kirim duit yer..tp nak kirim camana eh?

anymz said...

salam fidah,kalau lah boleh akak kirim mau rasanya akak mengirim bag yang fidah punya tu..buat isi telekung ke surau pun cun gak kan?..semua bag cun arrrrr..:)