Wednesday, 23 March 2011

33

hari ni BIRTHDAY AKU! hah? bufday. dah tua macam tak layak sebut bezday bezzday bagai. kalau baby kecik sampai remaja sesuai la ber Birthday kan.. elok di panggil hari tua lagi setahun.. ngahahahhaa..

banyak betul tahunnya tu sampai 33.. tapi serius macam tak rasa 33 ah.. rasa 23 lah..:P alah apa sangat beza 23 dengan 33 tu.. masa umo aku 23 pon aku dah ade anak satu.. kiki..

OK la hari ni aku baik hati nak citer pasal aku lah..


33 tahun lepas aku lahir kat kolumpo. aku orang KL beb. haih xde la hebat sangat org keyell.. :P bukan duduk rumah banglo besau macam orang kaya kaya pong.. aku lahir kat rumah. rumah mak aku dulu kat setinggan. aku anak setinggan tau. aku tak malu tau kata aku duduk setinggan. dah itu memang kehidupan mak dan arwah abah beri. aku redha la kan. family orang biasa biasa. tapi skang rumah tu dah runtuh. oh sooo sad :( .. kawasan rumah tu dah buat highway. highway DUKE.

bilik mak lahirkan aku tu jugak bilik pengantin masa aku kawin. whoaaa hebat tak. mak dan arwah abah duduk situ hampir 30 tahun. kira senior la. aku anak ke empat.. ada 2 adik. sorang lelaki sorang pompuan. tapiii mak, arwah abah, abang2 ngan kakak aku panggil aku ADIK. ceh macam kanak2 panggil adik. aku pon tak pasti sebab apa? adik aku dengki sebab dia adik pon org tak pangil adik. eh bukan aku yg panggil dorang yg panggil. aku nyahut je.. susah nak kikis..

aku skolah pon biasa biasa je. skolah kebangsaan sentul tu haaa.. takde brand pon skolah aku. skolah menengah skolah Menengah Bandar Baru Sentul sanun. takde MRSM ke takde Convent bukit Nenas ke. tak ada.. skolah biasaaa jeee.. masa nak masuk tingkatan 4 aku dapat skolah teknik. teknik kat pahang.. tak dapat asrama sebab penuh. sapa nak bagi aku tumpang rumah orang. lagipon takde sedara mara sana. akhirnya tolak. aku kecewa jugak. apa nak buat.. terima je la.. kat sini penah jugak borak ngan seseorang. dia citer latar blakang dia. dia skolah convent bukit nenas. pastu dia tanya aku mrsm mana? hah..? tak tak saya skolah biasa..BIASAA je. terus aku blah. eh aku tak tanya pon dia skolah mana dulu. !

walaupun aku budak KL. aku budak KL yang baik. cewah.. baik maksud aku tak la pegi clubing clubbing tu. memang tak penah tau. abah garang. spot cek. kalau nak pegi paling jauh pon kotaraya sana pegi ngan kakak aku. sogo pertama komplek tu boleh la. balik lewat petang pon dah menggigil dah. penah jugak kena bantai sebab balik tuisyen sampai nak dekat maghrib.. huhuhu

remaja remaja dulu ramai pilihan boyfreng.. ramai? tak la tak. idok le sampai bersusun. banyak kisah suka duka berchenta ni. haha tapi terbukak hati pulak terima lamaran jejaka yang hampir pupus di dunia.. DC la sapa lagi.. suami aku. macam tak biasa nak bahasakan suami ke hubby ke aku selesa panggil DC je. susah woo dia nak dapatkan hati aku. eceh. tapi dengan dia aku panggil 'abang'. aku nak panggil 'sayang' tak bagi pulak. gelis katanya.. wakaka.. eh eh ni citer pasal dia ke pasal aku ni..

dah la dah la citer pasal aku..tak menarik pon citer pasal aku. sebab kan aku biasa biasa je.

eh jap bila kata Birthday ni.. sure terbayang hadiah punya. HAHAH takde hadiah ok.. aku ngan DC tak la beriya iya kena atau wajib celebrate ke hapa ke. kalau ade benda nak bagi takyah tunggu besday ke apa ke. bagi jelah bila dah beli kan kan. sooo. birtday berlalu macam hari hari hari biasa.. pegi keja balik keja.. kena hari sabtu ahad pegi la makan makan je. paling cikai pon KFC sana. takde makan special candle light dinner ke apa ke. memang takde ok .. macam hambar bunyiknya..

tapi tadi tengah makan DC cakap kat anak anak ..

DC : nak tahu tak ... besok birthday mama!!

Hariz : wow ! mama nak hadiah?

aku : ye la .. nak mana hadiah mama?

Hakim : Hakim nak bagi mama hadiah..

Hazim : Hakim nak bagi apa?

Hakim : mana boleh bagitahu Hazim

Hazim : awak tak boleh bagitahu mama tapi awak boleh bagitau Hazim..

aku : hahahahaa

DC : oleh sebab kita kena berjimat cermat .. kita anggap ...

DISNEYLAND, PARIS, BRUSSELS DAN AMSTERDAM
adalah
HADIAH UNTUK MAMA!!!!

aku : senyum senyum je la..

dalam hati .. kalau kebetulan abang beli senduk .. sooo jadikkan lah senduk tu hadiah mama.. TAPI ditakdirkan kita plan nak ke tempat tempat tu sooo KEBETULAN jugak hadiah buat mama.. hahahahaha

ALHAMDULILLAH
ALLAH S.W.T PANJANGKAN UMUR AKU LAGI SETAHUN.

10 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

Happy Birthday Kak Fidahhh!!!! Semoga berbahagia ke akhir hayat... semoga cepat2 timang menantu.. erkk..

Kak Aya said...

Selamat mneyambut Ulangtahun Kelahiran, semoga murah rezeki, panjang umur dan diberkatiNya selalu. Amiiinn.

~Yus~ said...

Happy Birthday Kak Fidah...
Semoga sentiasa dalam limpah RahmatNya dan bahagia di samping keluarga tersayang.

Yan said...

Happy birthday Fidah.. Awak baru 33, akak dah nak masuk 43.. hu,,hu,,


ALHAMDULLILAH kan udah diberi kesempatan menikmati kehidupan yg indah2..

Lady Lavender said...

hepi besday fidah:-) 33 masih muda remaja lagi..semoga sihat & hepi selalu . Aminn

Nieza said...

Happy birthday kak..semoga dimurahkan rezeki selalu dan happy selalu diperantauan dan disamping family tersayang.:)

Maya said...

happy befday...33? wah kita sebaya lah ni..tapi 4 bulan lagi saya dah jadi tua setahun. Hehe... Tat's why sy tak pernah berani nak pggil org lain kak sebelum org lain mendeclarekan diri sbg kak (sy npk muda agaknya??) hihi..neway sekolah harian ke sek asrama ke sama jer..sy pun sek harian juga..selamat ulang tahun semoga berbahagia sepanjang hayat...

Rafidah said...

GCK - maceh wish tu .. hah? menantu? ceh anak akak blom sunat lagi kau.. hahhaha

aya - terima kasih dan amin atas doa akak tu :)

yus -thanks for the doa and wish :)

kak yan - xpe kak kita guna umur yang Allah beri untuk buat benda baik. :)

Rafidah said...

LL - dah tua lah kak 33.. hehe.. anak pon dh berderet ;)

Nieza - thanks eh atas wish and doa :)

maya - muda betul maya buat phd yeh.. kagum.. anyway thank for the wish and doa :)

Adzriel AB said...

tua saya le...38 dah! moga sihat selalu utk anak2, suami & diri sendiri.