Wednesday 16 March 2011

Register Puteri @ Nursery

15 Jan 2011 - Selasa

pagi pagi lepas hantar Hakim, Hazim, Hariz pegi skolah... DC pegi office pulak hantar borang untuk Puteri masuk nursery. kat sini umo skolah di kira dari 1 SEPTEMBER.. ala kalau kat Malaysia pengambilan pelajar January. sini kira musim. September masuk dalam musim Luruh (Autumn). kena samakan September dan Januari. cemane eh nak buat contoh nak kasik orang Malaysia paham. BEZA 3 BULAN JE. antara Sep, Nov, Dec 2011 nanti dia dah masuk Year 4. cepat skit laaa.. cepat 3 bulan. paham dak. arhh kalau tak paham pun xpe la. err nanti anak nak skolah kat London baru paham.. macam aku. memula fenin gak. lelama OK je.

Puteri lahir Ogos 2008. kalau ikutkan kat sini budak yang lahir SEPT, NOV, DEC 2007 hingga SEPT 2008 dah boleh register nursery. sebab di kira 3 tahun. 3 tahun dah boleh start nursery dah. macam PRA skolah la 3 jam je. kalau amik sesi pagi start 8.30am - 11.20am. register je dulu.. blom start skolah lagi..

TAPI kalau lah budak lain lahir NOV 2008 ... tak boleh lagi. register. kena tunggu next intake.. sebab dikira masih belum 3 tahun.. walaupun TAHUN LAHIR SAMA. paham.. tak paham .. takpe tak masuk peksa. :))



register skolah kat sini sikit punya sempoi.. isik SEHELAI je borang.. attach surat branak ke @ paspot ke yang ada tunjuk tarikh lahir dia CUKUP dah. mungkin la senang sebab dah TIGA abang abang dia skolah yang sama.



kalau Hakim, Hazim dulu susah skit sebab dia nak prove address. kasik la bil letrik bil ayor ke. utamakan yang duduk dekat dengan skolah atau kekosongan pelajar. duduk dekat tapi skolah penuh tak boleh jugak. yang sempoi nya pegi je kat skolah tu isi borang selai DAHHH. tunggu dorang call. dah confirm ada kosong boleh start skolah BESOK.. hari ni baru beli baju uniform skolah. sebab lain skolah lain uniform. ikut skolah tu lah nak kaler apa. kaler ijo ke kaler purple ke. uniform skolah dorang kaler MERAH.. hehe sukati je kan. jumper je senang xyah gosok. ngeee... INI CITER JANUARI 2008


kini Puteri yang datang London masa baby dah nak masuk nursery .. macam tak caya je. pakai pempers pon ONN OFF. ikut suka nak cakap ke tak. takpe ada masa lagi bleh train nak sampaikan bulan Sept./Oct hujung tahun. dapatlah skolah 3/4 bulan. bukan nak suruh dia blajar beriya iya hingga terus pandai membaca story book secara sendiri .. just nak dia bergaul ngan anak2 mat saleh mata wana wani tu.. mata biru, mata hijau, mata cekelat termasuk dia mata hitam. at least BOLEH paham dan BERCAKAP sepatah dua kata seperti ucapan menteri tuuu.

gila awal masuk skolah eh kat sini. kalau kat Mesia berhingus lagi duduk kat nursery.



4 comments:

manueng said...

kiut nye puteri...nak skolah dah dia...mesti dia excited je kan? ke dia xnak g skolah?hehe

Galuh Cendra Kirana said...

rugi jugak kalo puteri xmasuk tadika walaupun sekejap. bagus bergaul ni kan. ada jugak kenangan dier dapat kawan2 kat london. kelessss puteri. nanti akak kene dandan rambut dier ke sekolah lah. dah start panjang dah tu!

Rafidah said...

faiz - xcited? hihihi xyah citer.. pagi2 dia sibuk nak ikot abang2 dia g skolah. 'jom jom' katanya.. sebab kat skolah Hariz banyak mainan..

GCK - tu la dia TAK MAHU di ikat rambut dia tu..hish GERAM!

manueng said...

ttiba duk geram sorg2 bila tbayang puteri ckp 'jom jom' tu...waaaaaaa~ ;)