Monday, 7 March 2011

Oxfordshire - Jalan2 je

sambungan citer Bicester Village

petang tu lepas membeli belah tingkap dan berposing secara sakan, kitorang terus ikut arahan Makcik Tom Tom bawak kitorang pegi Oxfordshire. lepas hempas pulas memparking keta di Oxford Town hingga mati enjin sebab jem tak gerak. sana sini council korek jalan. sempat ngeteh dalam keta. weewoo


dapat je cilok paking kitorang susur bangunan masuk Oxford Castle dulu.. pegi castle boring la.. tengok bangunan yang buruk masih utuh. istana kat england sume sepesenn je ropa dia. mana mana tempat nama castle sangatlah seiras. usia beratus ratus tahun masih elok je tegap berdiri. ade gak castle yang lebih 500 tahun. hebatnya omputeh jaman dulu bina bangunan kan. tanpa teknologi jentera tau. hanya tenaga manusia dan haiwan je. kalau castle buruk maknanya rakyat biasa punya rumah lagi la merempat. itu citer zaman dolu la. skang dah lain..

ni la bangunan Oxford Castle

kat sini ade channel CBBC (channel budak2) tajuk citer Horrible Histories bestt.. dorang citer sejarah cemana BURUKnya perangai king king dorang. termasuk tentera dan rakyat sekali. apa yang ko blaja kat skolah tu dorang lakon semula skali ngan costume dan lokasi lagi. zaman Georgion, zaman Victorian, zaman Greek dan banyak lagi. yang best tu dorang lakon semula tapi dalam bentuk LAWAK. siap ada lagu lagi. kutuk kutuk king dorang. siap tunjuk betapa kejam nya king jaman dolu. ce korang carik kat youtube sure ada punya. budak2 suka sebab kelakar. tarikan untuk blaja sejarah yang menyeronokkan. kalau ko blaja kat skolah kalau cekgu tak hensem sure tertido punya. ni takkk. best DC ngan anak anak tengok sampai terkekek kekek gelak. TAPI yang aku heran takde pulak gomen deme ni marah ke GAM ke apa. kalau Mesia dah lama lesen penyiaran di tarik..




rupanya Oxford University ni luas sume kat kawasan Oxford. kolej dorang bersepah sana sini. sekitar Oxford Town. takde main setempat siap pagar siap pak guard sume. tak ada ok. haha jenuh la Muza carik. sib bek jumpa student Mesia buat reserch kat Oxford bagitau. kalo dak sampai besok carik pon tak jumpa. semua bangunan classic. ala ala church la. dah nama kolej pon banyak nama Saint (St.). setiap bangunan berpatung saja sana sini. kalau malam memang horror habis lah. macam dalam citer Harry Potter tu. tambah pulak masih banyak pokok blom berdaun. just ranting je. nambah efek seram. dapat lah pegang pegang rasa rasa bangunan dorang.


lepas tu ronda ronda lah town dorang. hebat jugak suasana malam. masih bising dengan hiruk pikuk orang sana sini. kami pon jalan laju laju je. risau gak kan. kang ada omputeh mabuk meracau ganggu kami naya je. baik blah dulu.

tak banyak citer sejarah yang aku boleh kongsi. kang kalau aku tulis pasal sejarah ada pulak yang tertido sampai terantok pala kat monitor. bukan sume org minat kan. kan. tak pon kalo salah citer sesapa readers yang dapat A1 masa ES PI EM sabjek sejarah kejor aku ngan penyapu pasai bagi fakta salah. adalah lebih baik ko gugle je kalo nak tahu lebey lebih. tapi DC kan kan teror woo kalau citer bab bab sejarah. dia lah slalu jadik aku punya penglipurlara.. aku plak suka tanya soklan bodo bodo.. dia jawabb je. dah banyak buku Horrible History tu yang dia khatam. lepas habis baca citer kat aku. kalau aku baca sendiri tah bapa kurun pulak nak abish. nak carik makna lagi 1 hal plak. maklom le henglesh haku cangkul. kehkehkeh

layan gamba eh..


ni atas bukit sblah Castle. nampak la view Oxford dr tempat tinggi.. sujuk woo
menggah manjat tangga heret bebudak berempat tu




chantek an view blakang tu. alaa gamba ni Hakim yg snap.
sbb tu femli x cukup korum :(
padahal Wadi pon ada masa tu. lupa plak nak soh dia amekkan gambo. heh

betul la betul kata pujangga jauh jalan luas pemandangan. eh betol ke kata pujangga .. hantam je la labuuu..

petang tu jugak terus balik rumah masing masing. puas dah jalan.. next month plak jalan sakan lagi. poket dh kempis. hehehe lagipon kena tunggu anak2 coti skolah. kang kalo ponteng kena denda pulak.. denda bayo plak tu. hish.. sorang student £100 .. gila ke apa.. itu kalau % kedatangan kurang dari percent tertentu .. ayokkkk cekik leher.. mana ada darah nak cekik.. cis mancis..huh!





2 comments:

Lady Lavender said...

besssttt..tak dpt pi sana, dpt tengok gambar pun cukup lah :-)

p/s: dah nampak dah fidah melaram dengan bag baru:-)

rafidah said...

LL - boley je kalo nak mai sini bercoti. bleh dtg umah fidah tapi fidah dok sini insyaAllah sampai dec 2011. sempat lagi tu nak kumpul duit cuti2 London :)
beg? hehe penat pulak beg gayut anak gayut..:P