Thursday, 24 March 2011

Packed Lunch Anak2

dah dah lah citer besday women. lebih lebih citer sampai 2 entry.. ok ok aku nak story pasal makan makan. bukan makan kat umah tapi makan kat skolah anak anak.

kat sini serba serbi mahal. rumah sewa mahal. makan mahal. kami bukan dapat elaun sebanyak nilai gaji kat Malaysia. kalau dapat £4K/£5K sebulan takpe lah kan. yang mana boleh jimat kita jimat laa. mana mana yang boleh cut cost kita cut lah. macam menteri kewangan yang mentadbir kewangan negara. sama lah kalau berkeluarga ni. bujang lain la.. ikut tekak sendiri la kan. agak agak duit kering boleh je tahan tahan tak makan kan kan.. kalo orang tanya boleh kata diet. padahal tinggal syiling je kat purse.

weekdays tengahari mereka lunch kat skolah. kan kan kan penah aku citer entry yang lepas kami skang berada di kandang kambing soooo sedang mengembek la ni.. anak anak terpaksa makan sandwich kat skolah. sume kengkawan makan sandwich takkan kau sorang nak makan nasik lauk masak lomak cili api. tak ke pelik bin hairan kengkawan dorang nanti. habis di interbiu nya anak anak aku suruh cerita apa dorang makan. bau nasik dan lauk pauk kan kuat. tambah plak bila musim sejuk bekal yang dibawak untuk makan tengahari dah sejuk bedi kakuu je.

ada, ada kat skolah ada sediakan makan. HOT DINER ! boleh je nak makan amik set hot diner tu. sedapp. memang dorang suka lah sangat. sebab hot .. tak semua la. amik set Vegetarian dan Fish je. duduk sini kami anggap darurat. Tawakkal tu alaAllah. yakin! tidak sampai pikir bekas makan babi ke hapa ke. (skolah selalu takde hidang babi OK, selalu ayam daging tak halal je laa) TAPIIIII itu kalau dalam keadaan TERPAKSA.. terpaksa contohnya aku dah nyawa nyawa ikan sakit tak larat nak buat bekal. atau jaga anak sakit merengek belah malam soo besoknya terbangun lambat tak sempat nak buat bekal. selagi boleh elak kami elak la. memang hari hari bawak Lunch Packed. harga £2 sorang. kalau anak sorang bole lagi la. anak TIGA dah kena £6 sehari. darab seminggu £30. darab sebulan £90. sedangkan kalau bawak bekal tak de lah nilai sebanyak tuu.


ni BEG Packed Lunch
Hakim (tema Dr Who), Hazim (tema Football) Hariz (tema Ben10)

tengok dalam dia.. ni Hariz punya..
Sandwich Tuna with Slice Cheese, Banana, Yogurt Strowberry and Tea


kanan skali Hazim punya cuma beza buah Grape je. slalu pisang. kadang kadang epal sebiji.
kebetulan ada stok grape. Hakim punya sama ngan Hariz beza air masak.

bekal selalu aku tukar tuka lah.. kita yg tua pon tahu jemu. apa lagi budak kan .. aku bekalkan..

Main menu :

Fish Finger Sandwich (grill fish finger taruk cheese slice)
Roti Sausage (roti panjang letak sosej dalam nya)
Tuna Chunk gaul Mayonis Sandwich)
Roti John (lekatkan telur dadar kat roti letak mayonis dan tomato sos)
Spagetti Bolognise (ni kalau extra aku rajin)
Spagetti goreng (spagetthi goreng gaya mee)
Pasta Goreng (ni pun kalau double extra rajin)
Burger Daging/Ayam (cekgu tak kasik bawak selalu err sebab makanan tak sihat katanya)

Buah :
Pisang (selalunya)
Apple (kadang kadang)
Grape (Hazim je suka)

Dessert :
Yogurt Stobery
Yogurt Apricot
Yogurt Rasberry


Drink :
Air masak (selalunya)
Tea (Hariz je)
Capri-Sun Fruit Juice Blackcurent/Orange (kadang kadang
Yazoo Coklat/Banana/Stoberi saiz kecik (kadang kadang) yg kat gambo ni saiz besar.

apa apa jenis kacang dan cokelat TAK BOLEH bawa ke skolah. tak sihat teacher tegur. ;). kacang pulak sebab allergic. kat skolah sini yang bagusnya dorang tak bagi budak budak ni makan junk food ke. semua kena healty. skolah anak anak ni dah dapat award skolah terbaik sebab sedia dan paksa student makan healty food. buah buahan wajib bawak. kat skolah ada jual epal 15p sebiji. kadang kadang Hakim dapat free je.

cuba ko cek kat skolah kat Malaysia tu kantin sedia makanan apa. healty tak. banyak jual kueh, kopok lekor, sosej apa lagi ek?? budak budak ni kalau ada pilihan. kalau kat depan dia ada cekedis (crips), itu jugak dia akan buat makan untuk lunch, diner. bagi hari hari pon takpe. grrrr.. aku paksa paksa dia makan buah sampai nangis nangis. huh! geram. kalau ada sayur siap kuis kuis punya lah tanak. kadang kadang suap sorok dalam nasik bila makan dia rasa ada sayur muka kelat je.

tengok anak omputeh tu slumber je makan carot stick, pelbagai salad mentah mentah, makan timun macam makan keropok. suka nya tengok. kalau aku ulam la paling marvelous. alamak lama nya tak makan ulam. ulam campur tu. mak buat sedap. kami panggil urab.


ni bukan menu lunch box dorang. ni nama dia BENJO express :P aku yang makan. santapan bekpes dikala buntu tatau nak makan apa akak malas masak.. roti burger takde dalam stok. roti slice pon blasah je la asalkan bole ada rasa benjo. rupa tak penting sangat asalkan rasa ada bagusss.. hihi

15 comments:

Yan said...

Bagus ye kalau cam ni. Anak2 makan benda yg mummy served je kan..

manueng said...

waaa...cikgu pantau makanan yg student bawak ke? siap boleh tegur kalau student bawak burger sume tu...dasat...

p/s: daging burger kat sini besar...best2...hehe;)

Lady Lavender said...

ibu2 perantau ni memang kena jadik rajin kaann heehe..tak rajin pon nak kena buat2 rajin gak. Anak2 saya kat sekolah pun provided with hot meal & mmg tak boleh bawak outside food (bwk bekal). Sebelum start sessi sekolah kena i si form siap2 apa food yg boleh dimakan & yg tak boleh.

Kat sini 100% based on trustworthy..so far they strictly follow apa requirements kita utk anak2..tp bab2 pinggan mangkuk tu tak boleh nak cakap apa lahh..yess kita kat sini certain2 benda dlm darurat. Nak buat camanakaann..

Anonymous said...

murah plk hot dinner kat LOndon ye.. kat york £2.15,kalau nak beli buah ke yogourt ke 0.25p... mahal bebenar..seharusnya kena bawak bekal..

Rafidah said...

k.yan - kena paksa. kalau tak tah apa2 dorang makan..

faiz - oiitt dasyat sini. bukan stakat cek. siap tegur kalau bawak makanan tak healty. tegur anak tegur parents skali.. kalau ada makanan yg dorang tak kasik makan panggil kami kata jangan bawak lagi.. :( tapi bagus gak kan buat camtu. xde lah makan tak tentu hala sukati je

Rafidah said...

LL - so maknanya kat Finland free school meal la yea.. waa best tu banyak jimat..
itulah susah jugak kalau duduk kat negara barat hidup sentiasa dalam keraguan tak boleh hidup lah. apa yg kita boleh elak kita elak la kan. kalau dh tak boleh nak buat cemana.. tawakkal

ct - whoaaa! mahalnya. memang wajib bawak bekal. kalo dak bankrup kita.. :)

manueng said...

dasat la...so jd cikgu kat sini lg byk la kerja dia...time rehat pun kene kerja jugak...huhu

Rafidah said...

faiz - kat sini ada Diner Lady tukang jaga masa rehat. sedia tempat makan, cek student smakan apa, kemas lepas student makan. jawatan khas bukan teacher. nanti Diner Lady yg bagi report kat teacher.:)

manueng said...

uish...mmg dasat la sistem sini... tp bagus la kan...mungkin diorg dah mula sedar pasal healthy food ni kot...sbb tgk org sini byk yg obesiti...kecik2 lg dah obesiti...mkn x jage...

Adzriel AB said...

ish.. ini nak bagi tabik banyak2 ni. pengorbanan seorang ibu. aku memahamimu sangat. patutlah si manueng tu suka terjah blog akak ye.. mesti dia teringat mak dia tu.

manueng said...

hehe...xde la sbb tu pun...huhu;)

Adinda Amy Sensei said...

hai akak....terima kasih sudi singgah blog saya ye...hehehhee...
waaa....best tak dok london tu kak?
bile aaaaa masenye sy nak ke sane ek?
dalam mimpi maybe...huhu

syafiqah said...

salam ziarah...singgah sini...jemput ke blog sy...

Rafidah said...

adzriel AB - sama lah kita kan.. geng ibu ibu ni.. hehehe

faiz - dok jauh ni semestinya la rindu mak kan kan... haha akak pangkat akak je :)faiz ni rajin layan komen. bagus kan borak kat ruang komen plak..:D

adinda amy - boleh je kalau nak mai london. kumpul duit banyak2. mula2 memang mimpi dulu.. pastu baru reality kan kan..

syafiqah - mekasih dtg sini. ok akak dh singgah dah :)

manueng said...

tu la pasal...dah mcm facebook la plak...huhu=p