Wednesday, 2 March 2011

Cik Puteri

rambut dah panjang. tak mau ikat langsung. asal nak ikat je dia lari lari. kalau dapat ikat pon boleh bertahan 2 menit je. pastu dia tarik sendiri getah. silap aku jugak tak ikat rambut dia dari kecik, supaya terbiasa. cemana nak ikat dari kecik. masa kecik rambut sikit sangat. halus sangat. tak sama panjang pulak tu. memang tak boleh nak ikat..

ni masa ikat ni jenuh dok tahan tangan dia dari bukak sendiri. AYAH TAK KASIK POTONG. kalau ikut aku nak buat rambut 'hanging' je sampai bahu tu. marah betol ayah dia tak bagi potong. yela penat dah potong rambut anak lelaki bertiga tu. tiba tang anak pompuan nak gak ladies ladiesan.



ni pon ikat senget benget pasai tak bleh duduk diam. terpusing pusing pale dia. haku plak yang kena berdiri ikut arah kepala dia mana dia nak gerak sukati dia.. lepas dapat ikat.. kena ampu skit " waaaa chomel chomel chomel chantekkk chantekkk.. " barulah macam tersipu sipu gadis gitu. berhenti ampu abis lah di tariknya. huh!

membuat gaya depan camera memang takde problem langsung. pantang aku pegang camera alamat penuh lah gambo dia. bukan nak sangat amik gamba dia pon. dia yang beria ia suruh click camera kat dia. dah clik nak tengok plak tu gamba kat screen camera. pastu siap cakap "catekkk..!" hahaahha.. perasan sendiri.



kalau tangan tu membuat gaya tak boleh nak diam. ate membuat gaya sambil tutup muka. apa pesen tah. mama jenis nak close up gambo muka. udah dia nutup muka dengan tangan kengkonon 'peace' laaa tapi tak keluar 2 jari pon.. :P


gamba ataih ni sebenarnya aku suruh dia buat gaya 'kiss'. muncungkan bibir tu .. errr tak menjadi sangat.. sampai herot berot mulut nak menggayakan 'kiss' tu ..


statement DC selalu "camni rupanya perasaan ada anak perempuan yea" suka sangat agaknya.. feel dia macam orang yang dah kawin berbelas belas tahun tiba tiba dapat anak ..haaa camtu la dia rasa..

masa Puteri kecik sebelum 2 tahun.. DC selalu 'BELA' dia kalau aku marah. statement dia "jangan la marah marah berkasar dengan dia, dia kan perempuan, jiwa dia halus" ..
aku ? apa lagi meh start lah enjin motobot mentera semerah padi aku.. "heh sama saja lah perempuan ke lelaki ke, kalau salah tetap kena marah tetap kena rotan. tetap nasihat. sebab dia kecil kalau selalu sangat di 'BELA' dia akan MUA (bukan Make Up Artis).." mua tu macam LEMAK la.. lemak tu macam tak rasa takut dan rasa tak salah dan akan repeat the same mistake. iya sebab dia tahu ada yang akan berpihak kepada dia. logic je aku cakap tu. soooo lepas tu SEMUA adalah SAMA. tetap marah tetap cubit tetap rotan tetap tegas.. TAPI ada masa sayang siap guling guling. main picit picit hidung. main korek mata. haihhh mainan jenis apa itu.. itu nama nya GOMOL.. :))


gamba yang ni plak ... baru lepas kena marah sebab apa tah dah tak ingat.. masa ni muka dia tengah kelat macam nak nangis.. aku cepat cepat amik camera sebab nak amik gambo dia tengah serius tanpa buat memek muka.. habis je click yang ni terus buat posing beragam ragam pulak. kan kan pantang nampak camera. nak nangis terus tak jadik .. boleh?

hari ni 2 MAC 2011 - Ilmi Puteri Insyirah 2 tahun setengah.. insyaAllah balik Malaysian nanti kamu 3 tahun 4 bulan.. hoihhh hampir 4 tahun... waaa Atoookkkk!! Puteri sudah besar lah..dia ni betul betul membesar di London.. dikendong kesana kemari di London sejak umur 4-5 bulan.

ini diari mama tahu.. besok kamu besar kamu tahu cerita sebenar masa kamu kecil ni...


5 comments:

Nadiah Sidek said...

sama la mcm safiyyah tak suka ikat rambut :D

Ana said...

begitula bila ada anak pompuan nie...pening kepala layan ragam dia...aku pun sama mcm ko..nurin dulu kecik2 cukup susah nk ikat rambut...paling lama 5 minit..pas tu gone with the wind..hehehe...la nie dah beso dan dah sekolah sendiri ikat rambut daaa...dah pandai melaram depan cermin..pantang ada cermin mula la tangan dok sisir rambut...tunggu skit lagi make up aku pun dia balun gak...

Galuh Cendra Kirana said...

:) hi kak. saye follow blog akak ek. ibu yg sweet.. :)

rafidah said...

nadiah - laa memang boleh geng la Safiyyah ngan Puteri..hihihi

ana - aku pon tunggu masa je nak jadik macam Nurin jugak..hahhaahaaa

galuh cendra kirana - hah suwet.. lawak la. :P bleh je nk follow. :)

miszlullaby said...

salam kak fida, nama kite sama lah kak.hihihi..cam jodoh pulak. Kalau kenal akak awal sikit, boleh sye lawat akak dekat London. Saye baru je bercuti kat sane bulan januari lepas.=)