Sunday, 13 March 2011

Birthday Adam !!

12 Mac 2011 - Sabtu

ingat tak Azlina kat entry INI. ala yang org Mesia bertermu jodoh dengan mix pakistan dan omputeh tu. alaaa yang aku bersantap santapan gaya kedesaan inggeris menu marvelous kat ghumah dia tu.. kalu ingat BAGUSSS..kalau tak hingat ko klik je la 'INI' kat atas nun.

sabtu tu dorang jemput kami sekuaga pegi celebrate besday anak dia umo setahun. SEBELAS tahun tahu ! 11 tahun dorang tunggu saat macam ni. akhirnya berkat kesabaran adaaa jugak rezeki zuriat.

pagi tu aku soping present dan buah tangan skit untuk bawak pegi. syoknya dapat lesen soping alone oleh DC. soping laju laju tapi manyak sangkut sangkut kat cuci mata pinggan mangkuk baju baju. adrenaline napsu beli belah mengalir deras dalam darah tapi BERJAYA ku tahan Jebat. mau tak deras. DC bagi debit card skali pasword..

event start pukul 2.30 petang katanya. soo pukul 2 tu kami gerak la dari rumah. masuk je perkarangan rumah mak mertua Lina ...
WHOAAAAA besauuunya rumah.. BANGLO OK banglo! banglo siap taman permainan kat blakang. ada swimming pool dan ENAM bilik OK .. tu blom campor garage besau 2 bijik. stor 2 tingkat. gila punya besar. KAYA RAYA betul parents in law dia ni. gamba dari depan tak amik plak. soo layan blakang umah je laa.. interior aku tak amek la. kang mak dia ingat aku ni wartawan majalah deco plak. heee

ni view blakang umah. sgala jadah menan sume ada. mcm nursery la..
siap ade indoor nursery lagi. memang khas untuk cucu dia main.
best na la anak2 aku gasak menan kat situ

ni half dari banglo ni. see.. camera aku tak muat nak full view umah dia.
blah kanan skali tu swimming pool. tutup sebab sejuk sape plak gila yg nak mandi.
bukak waktu summer nanti. mak mentua dia siap ajak bila summer nanti.. segan ah
kiri view ni 2 biji garaj 2 tingkat lak tu.

cehh.. gila kembang muka sejukss ni. abaikan lah.
aku nak korang fokus kat buaian blakang aku tu dannn tanah lapang blakang sanun.
angin kuat sebab takde pokok halang.

sibuk aku berkira kira ntah brape la rega rumah dia ni. parents in law Lina ni Doktor. Mak mentua dia Omputeh tulen. kawin ngan pak pakistan. ce ko bayangkan omputeh perempuan tua bergaya baju ala pakistan bersanggul bagai. comel tau. heheh.. sangatlah baik dan peramah sungguh. melayan Puteri macam cucu dia. padahal baru 1st time jumpa. jarang jumpa omputeh ber anak ramai. 11 org sumenya 2 meningal soo tinggal 9. sorang kat Belanda sorang lagi kat mana tah.. so yang attent 7 owang je. anak dia pon ada kawin campur omputeh. ada yang kawin sesama pakistan jugak. banglo besar duduk ber3 je. tak bergaung ke? heh aku plak susah hati.

Jamel husband Lina siap sewa Bouncy Castle tau. fuyoo .. padahal anak dia setahun jangung tak boleh lagi main menda tu. untuk anak tetamu dan anak2 buah katanya. majlis tak la besar mana. just family Jamel ngan Makcik (Mak Lina) yang sampai bulan Jan ritu. termasuk kami dan family Kak Ani n En Ibrahim. tu pon dah meriah dah. PUAS budak budak ni main Bouncy Castle sampai berpeluh peluh. habis di balingnya jacket. panas dalam suhu sejuk. sampai tak heran makanan. tapi tang kek serbu pulak.

Bouncy Castle
mendalah ni sewa mahal wooo. ikut jam. berpuluh £ jugak tu. kami balik pukul 5 pon blom buang angin lagi. tapi sakan la hai anak aku main. seronok. kalo ikot hati haku pon tingin gak naik tapi kang femli dorang kata aku meroyan plak. gulp je la..haha

nak gakkk posing ngan Bouncy Castle (bentuk kapal layar).
tema Pirate. siap goodies bag tema pirates lagi youu
kuning tu mcm gelungsur .. weeeeee

soo petang tu aku berada dalam komuniti Pakistan, Omputeh dan Melayu. haa hambik bercampur aduk. sayang nya dorang dah tak speaking Urdu. soo henglish je laa sepanjang petang. Puteri pon kena lah Yesh Yesh Yesh Okeh Okeh.. ngeeee

kolam colourfull ball ni besarr boleh muat ramai ramai..

err makanan pon mix jugak la kan .. salad english campur roti nan pakistan bersos salsa serta nasik impit serunding daging.. hahaaa terkial kial DC nak makannya. tak tahu nak mix match cemana. ayam goreng berempah je la penyelamat.

ayam abishh.. aku try semua. bila lagi kan nak makan pelik2.
kat Mesia tak dapek dooo.. alaaa gamba sause xde la.
ade 2 jenis kekacang apa tah. bedal je.

bila dah kawin campur ni haaaa ko tengok je rupa anak cucu dorang ni. hensem, cantek. comel comel belaka. geram tengok. anak Lina dan Jamel dah rupa Shahrukh Khan dah. somel. dia lah ADAM.. the BIRTHDAY BOY!

Adam hepiii je sebab dikelilingi oleh mainan semua.

sesi potong kek
kiri baju hitam tu Jamel. rambut putih baju cardigan purple tu mak Jamel mentua Lina (comel je bersanggul. pakai baju ala pakistan. tudung hitam tu Makcik (mak Lina). sblah tu Lina.

stail femli omputeh ni kalau nak bagi minum tanya sorang sorang ok .. would you like coffee or tea ? sugar ? milk ? macam restoren plaks.. soo lepas ni kalau nak hidang air kat omputeh kena tanya ok .. jawapan nya mungkin err coffee with 2 sugar and milk. atau tea with no sugar.. paham dah.. hihi pemblajaran baru bagi aku yang melayu tulen :)

yang ni biras Lina.. SUKA sangat dengan Puteri. siap mintak nak bawak balik Puteri ke umah dia lagi. hihi.. padahal dia dh ade 3 girls dah. dua darinya sama skolah ngan Hakim dan Hazim. saja nak bagi yang bongsu sebaya dengan Puteri tu berkawan katanya. Puteri pulak macam paham kata Yesh Okehh.. HAHA ayah nya jeling je. hikhikhik.. anak pompuan sorang :P




6 comments:

manueng said...

rezeki Allah nak bagi...ade yang cepat, ade yang lambat...kene sabar tggu n usaha...sentiasa bdoa n xputus bharap kepadaNya;)

p/s: siap ade bouncy castle tu...huhu

Rafidah said...

betul tu manueng.. yg penting kena sabar.. syok oh bouncy castle..:)

manueng said...

aik?ni sape yg main bouncy castle tu sbnarnye ni? hehe=p

trigyy said...

tlong cmneh kak? sy paris blom g lagi~ hihihi.. ke akk nk no fon?

noor said...

bestnyer bouncy castle tuh..
leh lompat2

Maya said...

Enjoy sakan nampaknya :)