Monday, 20 September 2010

Kembali sunyi

Salam,

sejak 14 sept hingga pagi tadi (20 sept) rumah ini kedengaran riuh rendah dgn suara2 anak2 dara dan bujang pendiam. tapi hari ini (pagi tadi) mereka dah masuk hostel ke bilik masing2. masa mereka ada ahhh aku mcm berjiwa remaja terimbas imbas kenangan masa mula2 sampai sini. cam mereka jugak lah gayanya. jenuh mikir ape keperluan untuk rumah makanan bajuan semua lah. seronok jugak melayan dorang tanya beli apa brape harga.. hahah macam mak mak dorang lak nyibuk lebeh.

mula2 tu mcm control2 gak lah ala sopan dibuat.. tapi bila masuk hari ke 3, 4, 5... aku mula berperangai mcm dorang. dah lama tak buat lawak sampai org gelak sakit perut. kali mcm berjaya. bukan sengaja nak buat klaka ntah nape dorang ketawa bagai nak gila. aku ngan mereka mcm kakak kakak aje. tgok dorang tu mcm bercakap ngan SUPI. samalah perangai mcm Supi tu. gelak sana gelak sini .. join dorang gosip2.. padahal tak kenal pon sape yg diceritakan.. just join the teen's club. rasa remaja aku.. haha.. baru sedar rupanya skang aku sudah tidak remaja remaja lagi aku dah mak mak orang dah. kena sopan santun perangai ala2 dewasa.. tapi penat jugak buat camtu. kdg2 control laaa .. tapi lebih selesa dgn perwatakan slumber.. tak boleh laa nak bersopan sopanan, berlemah lembutan. mcm berlakon lakon lak. just nk jadik diri sendiri tak pura2.

seronok dengar ciritera dorang tentang boypren2, admire2, dengar mereka bercerita tentang apa saja.aku tak kisah boleh masuk line punya. even borak dgn nenek2 yg dh tua pon boleh aje masuk line. kena ikut rentak mereka. kena masuk dlm jiwa mereka. kena pelakuan jugak mcm mereka. kan best kan.. ngan anak2 pon mcm tu jgak. kena berjiwa mereka baru lah sehati sejiwa...

ni la mereka.. gamba ni masa OTW nak balik dari jamuan raya kat Hostel MARA London. Hariz suka dengan abang Byron. dtg ngengada nak berdukung lak tu.. haishhh abang Byron ni manjakan sangat. Hariz bukan ringan tau..

tengok lah tu aksi2 senget kakak2 ... Puteri pon join sama..Puteri pon suka sbb dia mcm ada kawan..erkk?? adakah mereka ngan Puteri sebaya.. haha ye kot.. dari kiri ; kakak Wida, kakak Izni dan kakak Fatin

KINI aku kembali bersunyi sunyian di rumah. mereka dh selamat memulakan kehidupan sebagai Students Brunnel Uni. .. mereka telah berdikari.....

tu la kan hidup pun tak selalu indah. mcm roller coster...

No comments: