Tuesday, 14 September 2010

Jiranku Wardenku

Salam,

cemana nak mulakan citer pon tak tahu.. cam ni citer nya..petang 13 Sept 2010 tu DC pesan suruh aku amik Hakim dan Hazim balik skolah. mcm biasa pukul 3.20 pm. sebab dia nak pegi Town Centre beli ayam daging sume aku nak masak pasai new student m;sian nak masuk brunnel uni. akan bermalam kat rumah kami. tak pea la kan aku pon relek2 je la. utk new year anak2 school ni baru first time nak amik mereka balik fr school. tak sure sgt kat mana nak amik tapi dah boleh agak kat perkarangan depan skolah dorang je. cuma tak pasti row mana kelas Hakim row mana kelas Hazim. sebab Junior School kat Whitehall ni kena amik anak dekat perkarangan kawasan lapang depan skolah. kalau Infant School dulu amik kat pintu kelas. mudah.

petang tu mcm biasa la dah pukul 3.10 pm tu aku pon dh standby nak amik mereka sebab skolah blakang umah aje. tup tup tengok tengok Puteri baru je tertido macam nyenyak sangat. sayang sangat nak kejutkan dia. kalau kejut sure nangis n byak lak kerenah. Hariz pulak khusyuk tengok DVD kartun dia. aku pun mcm biasa malas nak bwak mereka utk amik abang2 dia. sooo ckp kat Hariz "Hariz tinggal kejap yeh.. mama nak pegi ambik abang2 kejap aje. tengok adik yea. kalau adik nangis Hariz kasik susu yea." dia jwp "ok mama" aku pon cepat2 la tinggal kan dorang dan berlari lari ke skolah utk ambil abang2. DC kata Hakim akan pulang pukul 4 sebab dia ada lawatan Mayor (ape tah) then aku pon plan nak amik Hazim aje.

sekali sampai sekolah loceng blom bunyi hujan mcm renyai2. student2 sume blom kluar. alamak aku dh risau. pesal lmbat sgt mereka ni kluar. aku pon masih terpacak kat perkarangan skolah lagi. aku diri betul2 kat tengah2 supaya Hazim boleh nampak aku dari jawoh. tunggu punya tungu punya tunggu .. eh aku rsa mcm lama pulak. aku dh gelisah. sekali dlm 10 min tu Hakim pulak datang dekat dengan aku. aikk Ayah kata awak balik pukul 4. dia slumber je jwb "entah.. sampai awal" aku pon OK je la kan xpea la amik la 2 skali gus senang. lps tu tunggu lagi 5 minit baru Hazim pulak dtg dekat dgn aku. trus aku tanya "nape lama sangat." dia kata "teacher ckp rainy day sbb tu keluar lambat" aiseyy adik tinggal kat rumah laa lama sangat mama risau ni. suruh dorang lari dulu dengar adik nangis ke tak?.. dari jauh Hakim n Hazim dh jerit ..MAMA!!! cepat adik ngan Hariz nangis!!!!..aduihaiii..

sekali aku mula gabra mengelabah berdebar debar berdetap detup jantung... sebab... JIRAN aku kat depan pintu rumah aku. sedang on the phone. aku mula panik tapi aku buat control aje. dia bising la bagitau "your child was crying since half and hour" erkkk.. aku pon buat muka mcm tak salah..aku jwb "OK OK OK I knew" phewwww... terus ckp melayu dgn Hakim Hazim suruh dorang masuk ikut tingkap blakang sebab takut Hakim Hazim ni tah pape lagi dia citer ngan mamat omputeh tu.

tengok tengok Puteri ngan Hariz terisak isak sedu sedan nangis kat tingkap bilik depan tu. adoiiii patut la jiran sampai kluar rumah. kuat rupanya korang ni nangis. dalam kalut kalut tu aku pulak memang tak bawak kunci rumah.. jenuh pujuk Hariz suruh bukak pintu. Hariz kata I can't reach it.. aku kata kat dia amik kerusi kat bilik panjat dan bukak pintu dr dalam ok Hariz. nasib la dia pandai buat ape yg aku kata. sengaja aku ckp melayu nak bagi mamat jiran tu tak paham. cepat2 suruh Hakim Hazim ke pintu depan balik utk masuk rumah. sebelum aku tutup pintu aku dengar la mamat omputeh ni mcm bagitau poskod kat somebody dlm phone dia tu.. alamaakkkk aku dah agak dah sure dia buat report nih.. adoyaiiii.. mengigil dah ni.. doa2 dlm hati cepat laa DC balik ..

tak lama lepaih tu DC pon balik.. aku pun crita la A to Z kat dia apa yg berlaku sekejap tadi. aku agak aje lah yg jiran aku ni dah buat report polis atau council ke hape tah aku tak dengar sangat tapi still risauu.. DC kata xpea cool aje. dia pon risau jugak. susah jugak dapat jiran yg sgt KEPOCHI..very very the corncern dan penyibuk.

2-3 minit lepas DC balik tu .. adoiii .. knok knok knok.. jenguk kat luar tingkap.. alamakkkkk POLIS datang !!! muka dah gabra try buat cool. DC kata biar abang yang jawab tak pea..DC pon bukak pintu .. 2 orang polis bagitau .. kami terima laporan dari jiran mengatakan mereka mendengar anak kamu menangis lama di dalam rumah. what happened??? DC pon cool ke jwp sebenarnya saya ada di rumah tadi cuma sy di toilet anak2 dibawah. cuba utk slamatkan diri dari dipersalahkan. sooo nampak polis tu percaya.. phewww.. tapi mereka tetap kena ambil laporan bertulis dan ambil semua data kami sekeluarga. siap masuk dlm rumah lagi nak tengok keaadaan sebenar. adehh cuak betul wooo..tapi polis tu takde la marah cuma dia kena prihatin dengan laporan dari penduduk sekitar. eiiiiii cepat sungguh tindakan meraka lah.. polis tu tanya mcm2 la. siap borak lagi dengan hakim hazim. tanya umur. lepas dia briefing tah ape2 tah. dia pon balik.

mase tu plak DC tengah tunggu Aidi dtg utk pegi Heathrow nak amik new student tu. nasib laa DC lom pegi lagi kalo tak terbeliat la aku nak jawab. Aidi pon pelik pesal dia col DC tak angkat tetiba polis 2 org kuar dr umah kami . haiii tak leh lagi laa tinggal korang utk amik abang2. seram la jugak.


selalu aku buat jgak mcm ni.. tapi tak penah pulak berlaku mcm peristiwa ni. mungkin sebab dia nangis KUAT dan kebetulan jiran tu duduk kat luar rumah gaknya. sooo sekarang ni tak boleh tinggal la .. angkut sume nak ambil abang2. adeiii letih laaaa.. 15 minit je tinggal bukan lama pon .. prihatin sungguh la orang kat sini lemas aku.. ada baik dan buruk juga kalau terlalu prihatin nieh..

memang macam WARDEN asrama betol la jiran aku nieh.. tensyen pon ade gak. tak payah la lebeh2.. buat kitowang lemas je tau.. omputeh sbelah umah ni hai dasat la. rumah bocor ke atap tercabut ke paip pecah ke manhole tersumbat ke dia yg sibuk la suruh betulkan la suruh report kat council la suruh tuan rumah datang betulkan la.. haishhhh sangat berperwatakan WARDEN asrama sungguh laaa.. gerrrrrrr.. warden asrama BMI pon tak cenggini tau..!

dia tu lelaki warga tua tak de kerja soo kerja dia tu laahh.. fenin pale laaaa..

k laaa.. tak yah la risau ok .. xde pape pon .. kecoh lebih.

4 comments:

Ana said...

kalau la kat mesia nie camtu...fuhhh..cepat settle masalah problem...nampaknye berdoyon doyon la ko anak beranak amik hakim ngan hazim kt school ek?

Rafidah said...

ha'ah Na.. sini tak leh woo kalau syilap skit je ade jiran yg buat report dgn pantas polis datang.. euww takut pon ade.
adehhh lpas ni berderet deretlah aku nk ngusung mereka nk amik abang2..alahai

kie said...

kat sini mmg concern betul pasal kes tinggal bdk kat rmh tanpa jagaan x silap under 12,pernah jugak ada kess org mesia kat sini,ada org call nak ckp ngan ayahnya, n then anak dia angkat,tp ayahnya x nak jawap,soh kata "my dad not around".pas tu org yg call tu may be inform kat council,sbb brpe second aje org council call,anak dia jugak jawap,tanye lah mcm2,maknya dengar apa hal plk bnyk sgt org nie tany,maknya mintak phone dr anaknya,org council tu kata ada org report kata x ada org dewasa kat rmh,mak bdk2 tu jawap .sbnarnya ada dlm toilet .perghh... gelabah maknya nak menjawap.. gara2 ayahnya malas nak jawap telepone...

Rafidah said...

Kie (sape yek Kie ni. aku kenal kah ?)

owh yeke. alamak pakai phone pon org bole report kat council ke? adoii.. letih le cenggini. kena xtra careful nih.. euww dasyattt..