Sunday 27 March 2011

ketayap lusuh

pada satu petang yang hening.. cewah.. (sini tiap petang hening. berangin dan mendayu dayu.) Hazim meluahkan perasaan ..

Hazim : Mama, Hazim want to eat the green roll with the cocunut in there ..

Mama : Apa tu ?

Hazim : alaaa that kueh yang dulu mama selalu buat.. i like it so much.. green roll

Mama : huh? ouhhh kuih ketayap

Hazim : apa tu ketayaaaaafff..

Mama : kueh ketayap lah.. KETAYAP..

hahahhaha kesian anak aku mendescribe kueh Malaysia hingga detail sekali. punya lah tak tahu nama nya. bila kasik tahu nama susah pulak nak nyebutnya dengan lidah english sebati. tergeliat lidah dia aku suruh ulang ulang cakap ketayapp. ketayapp...

pandai jugak rasa rindu dengan kueh Malaysia yea. punya lama aku tak buat. last skali buat masa bulan puasa ritu. haihhh malas sebenarnya nak buat. sebab macam remeh dan akan kejang kaki kat dapo dok buat goreng kulit. nak menggulung lagi laa

akhirnya aku pon approve kan request dia yang dah 3-4 hari berzikir kat telinga ni. kena amik masa jugak nak approve ni. tengok bahan dulu. mana tak cukup kena pi carik stok dulu. setelah di recommended oleh masa yang terluang baru lah boleh mula ini projek. demi suara hati anak yang mungkin rindu nak makan. sama lah macam tekak kita jugak kan kadang kadang teringin nak makan itu ini. ni lah natijahnya.. kat mesia dulu haaa nak kueh tu singgit nak kueh ni singgit. nak yang sana tu skali yeh singgit. kat sini.. mana ? mana? jenuh lah ketuk kuali weh..



penuh kesabaran betu la kan buat kueh ni. susah. mencabar lah bagi aku. buat inti tu takde hal sangat. kelapa kering masak dengan air gula merah dan tambah gula je. petik jari kaki .. cewah.. tapiiiiiii bab buat kulit tu HADOIII.. bancuh bahan blender siap dah. nak goreng? api pelahan tak bole lama tak boleh kejap. lama sangat hangus. kejap sangat kulit jadik lembik. GRRR.. tungguuuu masak serata. aku ni jenis orang tak sabar. tak boleh nak tunggu lama lama depan kuali. berasap muka dengan telinga skali kuar asap. dah angkat kulit bab gulung pulak terkial kial. ce ko bayang mana lah kaki aku tak kejanggg..



siap je gulung letak dalam pinggan.. macam kena sambar dengan helang.. HILANG terus. di ngap oleh Hakim Hazim Hariz Puteri. aik ? laju nya korang ni makan. kalo camni tak aci lah. mama tak dan nak ngap.. dah dah STOP dulu. mama nak kumpul nak posingkan kat blog ..muahahaaa..



walaupun rupa paras ketayap ni lusuh lesu tak bermaya mungkin kepenatan tukang buatnya barangkali. (aik? ada kena mengena ke?) namun rasa nya tetap memikat kolbu. masa goreng ni mula la terbayang cemana penatnya orang yang menjual kueh ni kan. buat banyak jenis plak tu. eh dorang xpert la kan. aku amatur. amatur yang setahun 2/3 kali buat .. ekeke. tu pon banyak nau membebel. ni baru buat untuk femli makan. cemana lah aku nak buat untuk sekampung melayu uxbridge makan agaknya. mahu tercabut tempurung lutut ni haa.. faktor usia gamaknya.

korang kat Malaysia ... BERSYUKUR ramai orang jual kueh yang susah buat macam ni. moralnya beli lah kueh yang susah dibuat.. yang senang buat.. ermmmm BUAT SENDIRI.. tahu?

11 comments:

Anonymous said...

Wah...rajin nye buat kueh tu.. demi Hazim kan.. ;D..ekeke..

nmpk berselera U.. ekekek

Rafidah said...

arryani - tak sampai hati dengan permintaan anak, susah pun buat juga :))

Liza @ Adzriel AB said...

untung mommynya pandai buat kuih. kalau akak buat memang senget2 le.

Fazlinil Irma said...

wehooaa... mesti rindu nak buat macam posa hari tu kan.. hikhiikk..

dgn kulit chantek jelita. kuikuikuii.

Anonymous said...

dah lama ct x buat kuih nie,fatini pun panggil green roll,ponat ckp ketayap,kuih onde2 dia panggil green ball,tp nak buat kena pikir 100 x ,sebab naaik kejang kaki,agak2nya kat mesia brpe arge kuih ,ada lagi x 3 seringgit.

Rafidah said...

Adzriel AB - terpaksa memandaikan diri lah..hehe.. tu ce akak tengok sy gulung senget benget.. haha

Ima - alaaa tahun ni pose xde lagi dah xperiment masak2 mcm 2 tahun berturut yg sudah .. double sedih. nak bawak diri ke Lake District la camni..uhuk uhuk

Rafidah said...

ct - tu la kan.. nak buat kueh ni kena kumpul aura rajin dulu. hihihi harap2 ada lagi lah 3 singgit tu .. :P

manueng said...

lama x mkn kuih ni...time sheffield games aritu xde pulak org jual kuih ni...

Rafidah said...

faiz - kalau kau teror dan teliti .. boleh je buat dik..:P ce teray ce teray..hiks

manueng said...

mmg sah x teror la...teliti pun x...huhu

kalo jd pun, sy kena letak periuk api kat sekeliling kitchen...kang housemate sy menyambar bak helang... kalo anak2 tu xpe la...ni bikin panas je...haha=p

Fazlinil Irma said...

tahun ni posa kat sana azab lama la kan. tgah2 summer.. GULLPPP..!! mahu anak2 posa sekerat hari je.